Friday, April 2, 2010

Pilihan Raya Hulu Selangor: Penamaan 17 April, Pengundian 25 April



PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof hari ini mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor ialah pada 17 April manakala hari pengundian ialah pada 25 April ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi kawasan itu, Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham, yang juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor, menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk G. Palanivel dengan majoriti tipis 198 undi.


Allahyarham menyertai PKR pada 2005, memperoleh 23,177 undi, manakala Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, mendapat 22,979 undi.klik sini


CK.....blog ini menyokong siapa sahaja yang menjadi calon dikalangan Parti Pakatan Rakyat,,janji dapat berkhidmat untuk masyarakat malaysia amnya dan untuk parlimen Hulu Selangor khasnya...jangan jadi katak lak pasni...huhuhuhu

No comments:

Post a Comment