Tuesday, March 23, 2010

BuDu oh BuDu...GuaNo NengUn laGi Tuu..LaYan Jea


SEBUT saja budu, pasti terbayang makanan tradisional masyarakat Pantai Timur, iaitu Kelantan dan Terengganu. Budu kini bukan saja terkenal di negara ini malah sudah sampai ke luar negara. Makanan tradisional yang diperbuat daripada ikan bilis yang diperam sehingga hancur mendapat perhatian dan dijadikan kajian ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan saintis berkenaan mendapati budu mengandungi gluthaione (bahan antioksidan), mengeluarkan sisa toksik dan mampu meningkatkan daya tahan tubuh (imun) yang dapat memerangi pelbagai penyakit berbahaya serta menghalang kanser. Kini terbukti makanan tradisional yang sering dianggap kuno itu setanding dengan ubatan berteknologi tinggi malah menyimpan seribu satu rahsia yang selama ini tersimpan tanpa ada yang peduli. KELEBIHAN BUDU Sesiapa yang impikan wajah kekal tegang dan bebas daripada kedutan sebelum waktunya, anda disarankan supaya memakan budu kerana kajian mendapati ia berpotensi melawan radikal bebas sekali gus menghalang proses penuaan.

Malah, budu berupaya mencegah penyakit aterosklerosis (timbunan lemak di dinding pembuluh darah), koroner jantung, kencing manis dan kanser pada peringkat awal. Selain itu, kandungan budu mempunyai zat antibakteria cirit-birit, penurunan kolesterol darah, pencegah sakit jantung dan tekanan (hipertensi).

Pengambilan budu sebagai makanan tambahan juga mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit cirit-birit kronik dan mampu menyembuhkan dalam tempoh yang singkat. Dalam erti kata lain, budu boleh menggantikan makanan tambahan untuk sesiapa yang berhasrat untuk menambahkan berat badan.

PENCEGAH KANSER
Budu mengandungi jumlah mineral zat besi, kalsium, magnesium dan zat antioksidan dalam bentuk isoflavon yang sangat diperlukan tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.

Radikal bebas adalah atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Adanya antioksidan di dalam budu, ia akan bertindak mencegah pembentukan radikal bebas.

Ini terbukti apabila penyelidik di Universiti Carolina, Amerika Syarikat menemui unsur genestein dan phytoestrogen di dalam budu yang sememangnya terbukti dapat mencegah kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Selain sumber protein berkualiti tinggi di dalam ramuan budu, makanan tradisional ini turut mengandungi sumber serat yang baik. Kandungan seratnya mampu mencapai antara 8 hingga 10 peratus bagi setiap 100 gram budu. Jumlah itu lebih daripada mencukupi seperti disarankan Pusat Penyelidikan Kanser Kebangsaan iaitu sebanyak 30 peratus.

MERANGSANG SEL OTAK
Mengambil budu dalam sajian lengkap harian dikatakan boleh meningkatkan IQ. Budu mampu merangsang sel otak dan memperkukuhkan ikatan antara neuron serta menguatkan neuron yang lemah.

MERAWAT KEMBUNG PERUT
Budu turut merencatkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab gejala kembung perut kalangan kanak-kanak dan remaja.

KANDUNGAN VITAMIN
Terdapat dua kumpulan vitamin pada budu iaitu vitamin larut air (B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Vitamin B adalah sumber vitamin utama terkandung dalam budu dan terbahagi kepada pecahan lain seperti B1 (thiamin), B2 (roboflavin), asid pantotenat, niasin, B6 dan b12 (sianokobalamin).

Secara saintifiknya, budu menjadi penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan bakteria klebsiella pneumoniae dan citobacter frundiin. Ia tidak dimiliki daripada mana-mana sumber makanan laut, ikan dan daging. Ia mampu membentuk sel darah merah dan mencegah penyakit anemia, sakit perut dan berat badan menurun.

KelaNtaN KiNi...janGan Pening...FahamilaH


ISU yang berlegar di istana Kelantan sekarang ini bukan kronik sangat. Ia bukan pelik sangat dan sukar untuk difahami. Ia sebenarnya terlalu mudah untuk dimengertikan dan diusaikan. Tetapi kenapa ia nampak rumit, berbelit-belit dan kalut? Kerana ada orang yang sengaja tidak mahu berfikir ataupun kembali ke pangkal jalan, kembali kepada diri yang naif dan pulang kepada ketentuan Allah s.w.t.

Lebih tepat lagi ada pihak yang degil, keras kepala dan cuba menangguk di air keruh untuk kepentingan peribadi dan bukan kepentingan khalayak.
Kalau kita kutip satu-satu terhadap persoalan yang ditimbulkan dan menjawabnya, ia akan selesai dengan mudah dan aman. Tidak ada apa yang menyusutkan. Sebab semuanya sudah ada percedent. Sudah ada peraturan dan undang-undang yang boleh diturut. Undang-undang tubuh kerajaan Kelantan sudah lama wujud dan ianya diamalkan bukan baru sekarang. Kitab undang-undang tubuh negeri Kelantan inilah yang patut dijadikan panduan.

Kenapa keadaan kini agak kecoh sikit kerana undang-undang dan Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan itu diletak di bawah.
Kalau semua pihak kembali dan menghormati undang-undang tubuh kerajaan Kelantan, kecelaruan yang berlaku kini tidak akan berlaku. Malahan sedikit masalah yang timbul kini boleh diselesaikan dengan keadaan mata terpejam pun. Tetapi kerana undang-undang itu tidak dibaca ataupun dibaca sekerat, maka jadilah apa yang sedang berlaku. Lebih malang dan tambah merumitkan lagi bila mana ada pihak-pihak yang cuba mentafsir semula undang-undang tubuh berkenaan mengikut naluri dan nafsu sendiri.

Kekalutan di istana Kelantan ini mula timbul ekoran Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra dilantik menjadi Pemangku Raja apabila Sulatan gering. Perlantikan inilah menjadi persoalan dan punca masalah kepada sesetengah pihak. Adapun kenapa mereka kurang senang dengan Tengku Faris ialah kerana Tengku Faris dengan kuasa yang ada kepadanya telah bertindak melalukan tindakan pembersihan dalam beberapa perkara termasuk yang ada kepentingan dengan orang di istana Kelantan sendiri. Inilah puncanya.

Ada dua tindakan Pemangku Raja yang ketara, pertama telah menitah kerajaan negeri (SPN) melakukan pertukaran atau membekukan tugas beberapa pegawai tinggi kerajaan yang dikatakan menjadi alat kepada pihak tertentu dan kerja mereka sungguh mengaibkan. Kedua ialah baginda memerhati sendiri perjalanan kerajaan negeri. Baginda melihat sendiri fail-fail kerajaan negeri bagi memastikan apa-apa keputusan dan tindakan berjalan dengan lancar dan tidak menyusahkan rakyat. Tindakan dan inisiatif baginda ini tidak disenangi kerana ia menganggu kepentingan orang tertentu.

Tindakan baginda yang paling dimarahi ialah apabila baginda bertindak menitah kerajaan negeri mengembalikan semula tanah-tanah rakyat yang diambil atas nama usaha kebajikan pihak istana kepada rakyat. Tindakan ini dianggap sebagai cukup memalukan pihak istana Kelantan. Dan langkah pembersihan itu juga bertujuan untuk menyucikan istana dari persepsi buruk umum.

Sikap prihatin tanpa memilih bulu inilah menyebabkan baginda tidak disenangi dan mula diperangi walaupun rakyat senang dengannya. Ekoran itu ada usaha agar baginda tidak terus menjadi Pemangku Raja kerana dibimbangi kalau baginda terus menjadi Pemangku Raja banyak lagi kemungkaran dan kebusukan terdedah. Jalannya ialah dengan cuba menimbulkan cerita bahawa Sultan Kelantan telah sihat dan pulih sepenuhnya.

Dalam usaha inilah ianya membabitkan Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai MB. Ada pihak yang memaksa Nik Aziz supaya membuat kenyataan mengatakan sultan sudah sembuh dan sihat sepenuhnya. Kerana bila sultan sudah sembuh maka kedudukan Tengku Faris sebagai Pemangku Raja akan berakhir. Namun keadaan sebaliknya. Apa yang berlaku ke atas sultan Kelantan rakyat jelata dapat saksikan sendiri apabila baginda pulang akhir bulan lepas. Mungkin kalau keadaan itu hanya dicerita ia dianggap fitnah, tetapi kini rakyat dapat menilai sendiri sejauh mana tahap kesihatan Tuanku.

Nik Aziz bukan saja enggan menziarahi dan mengistyharkan sultan sebagai sihat, tetapi keadaan sebenarnya tidak seperti mana diharapkan itu. Sesuai dengan adat dan peraturan Nik Aziz tidak boleh pandai-pandai membuat apa-apa kenyataan mengenai batang tubuh sultan melainkan dititah berbuat demikian. Situasi ini perlu difahami sebaik-baiknya.

Jadi keengganan Nik Aziz melawat sultan atau membuat kenyataan menceritakan sultan sihat menimbulkkan kemarahan pihak tertentu kepada Nik Aziz. Di sinilah mula keluar cerita kononnya Nik Aziz derhaka kepada sultan. Orang yang menuduh Nik Aziz derhaka sebenarnya orang yang buta mengenai adat istiadat dan juga perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan dan membuyung dengan kepentingan dirinya. Dalam kedudukan hari ini Nik Aziz boleh dianggap derhaka sekiranya beliau mengengkari titah Pemangku Raja dan bukan titah-titah yang lain.

Usaha pihak tertentu tidak berhenti di situ saja. Mereka terus berusaha untuk menyakinkan rakyat yang sultan sudah sembuh dan pulih seperti sedia kala. Mereka mengharap dengan keyakinan itu bagi membolehkan Tengku Faris tidak lagi menjadi Pemangku Raja. Untuk itulah berlaku perlantikan Setiausaha Sulit Sultan dan juga Ketua Adat Istiadat. Dengan perlantikan ini
diharap Setiausaha Sulit dan Ketua Adat Istiadat boleh memainkan peranan untuk menyampaikan titah sultan kepada rakyat. Bagi orang berselindung dibilik ward di raja mereka mengira kalau titah sultan boleh dikeluarkan itu menandakan sultan sihat. Gambaran inilah yang diperlukan.

Apabila 'titah' sultan dapat disampaikan senanglah untuk mereka memberi tahu apa-apa yang mereka ingin dan suka kepada rakyat. Malangnya perlantikan itu jelas mencabuli peraturan dan undang-undang tubuh kerajaan negeri. Perlantikan Wan Hashim Wan Daud dan Tengku Shahbuddin Maasum tidak menuruti peraturan dan kaedah Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) dan ia merupakan perlantikan peribadi 'sultan' sendiri. Perkara ini disahkan sendiri oleh Pengerusi SPN, Ismail Mohd Noor.

Kenapa ini semua berlaku? Jawabnya mudah saja sebab ada orang tidak membaca undang-undang tubuh kerajaan negeri atau cuba mentafsir semula mengikut fikiran dan nafsu sendiri atau pun sudah lupa undang-undang tubuh kerana sudah lama meninggalkan perkhidmatan dalam negeri. Hal ini pernah berlaku kira-kira 18 tahun lagi. Perselisihan faham dalam soal melantik pegawai kerajaan inilah menyebabkan berlaku masalah kepada kerajaan negeri dan Nik Aziz.

Satu masa dulu kerajaan negeri ingin menukar beberapa pegawainya yang tidak jujur dan cuba mesebotaj kerajaan, namun ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila tafsiran undang-undang mengatakan hak melantik atau menukar pegawai kerajaan itu berada di bawah bidang kuasa SPN. Anihnya kenapa kalau dulu hak itu diberikan mutlak kepada SPN tetapi hari ini hak itu dicabuli pula? Undang-undang tubuh kerajaan negeri dan termasuk Perkara perlantikan itu masih belum berubah. Geografi Kelantan juga masih utuh dan belum senget walaupun dibaham bah setiap tahun.

Jadi apabila perlantikan ke atas Setiausaha Sulit dan Ketua Adat Istiadat itu dilakukan, dan dianggap sebagai sah ia menunjukkan bahawa sekali lagi udang-undang tubuh kerajaan Kelantan dicabuli sesuka hati. Kalau dulu dirogol tetapi kali ini ia diliwat pula.

Kemelut yang berlaku ini tidak akan ada kesudahan selagi pihak-pihak tertentu terus melayan nafsu mereka dan tamak haloba. Ia mungkin akan tambah mengalutkan keadaan dan mendedahkan banyak keburukan sendiri. Jalan terbaik ialah semua pihak di Kelantan, baik istana, kerajaan negeri kembali kepada undang-undang tubuh kerajaan Kelantan. Begitu juga dengan rakyat yang memerhati kemelut ini perlu kembali kepada undang-undang. Usahlah mudah terpancing dengan bualan dikedai-kedai kopi yang dituturkan oleh broker-boker mana-mana pihak. Kita diberikan akal oleh Allah maka nilailah sesuatu itu dengan akal.

Dan kepada individu tertentu walaupun atas nama rakyat Kelantan hendaklah insaf dan berfikir jangan mudah menumpahkan taat setia kepada sesiapa. Fikir dan kenang dulu apakah dengan cara itu ia memberi kebaikan ataupun menambahkan lagi kobran api perbalahan sesama sendiri yang mana ianya memalukan banyak pihak.

Dalam hal ini Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan perlu diminta memberi penjelasan secara menyeluruh berhubung apa yang berbangkit sekarang ini. Pertama, jelaskan mengenai proses perlantikan Pemangku Raja, bidang kuasa baginda dan selama mana Tengku Faris boleh memangku kedudukan itu.

Jelaskan juga kuasa dan peranan Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang berkuasa penuh dalam melantik Pemangkau Raja dan juga sultan. Semua ini ada terkandung dalam perlembagaan tubuh kerajaan Kelantan dan ia tidak boleh diubah sewenang-wenangnya. Selepas dijelas nanti semua pihak hendaklah menghormati undang-undang tubuh berkenaan. Perlu ada orang tengah yang arif dan adil untuk membaca undang-undang tubuh kerajaan Kelantan.

Tegasnya kekacohan yang berlaku hari ini pada saya kerana undang-undang tubuh kerajaan Kelantan cuba dipesongkan mengikut naluri dan nafsu. Ingatlah apa juga masalah tidak dapat diselesaikan dengan nafsu tetapi ia boleh diatasi dengan akal. Masalah itu juga tidak akan dapat selesai kalau ianya diselesaikan untuk kepetingan kita saja, tetapi masalah itu akan selesai apabila ia turut menyelasikan masalah pihak lain juga. Dalam konteks ini masalah rakyat Kelantan seluruhnya.

Sesungguhnya saya sebagai rakyat Kelantan yang fakir dan hina ini tidak mahu melihat babak-babak mengenagai kaum bangsawan dan raja-raja dalam filem hitam putih arahan P Ramlee dulu menjelma ke alam nyata hari ini dengan penuh warna warni, sebab malu sangat rasanya.