Saturday, March 20, 2010

YAHUDI MASUK MALAYSIA...TERJAH MEREKA YANG BERSUBAHAT


http://chegubard.blogspot.com

Keseluruhan tender pembinaan sistem komunikasi yang akan ditukar dari analog kepada digital telah pun diserahkan secara rasmi kepada Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H).

Syarikat ini adalah milik penuh kepada syarikat tunggalnya iaitu Asiasoft Pte. Ltd. Yang berpengkalan di Singapura. Nilai penuh tender yang diberikan kerajaan Malaysia ialah RM1 billion tetapi dikecilkan menjadi RM42 juta.

Apa yang mencurigakan ramai penyelidik ialah ‘individu’ yang bertanggungjawab membina sistem itu. Individu tersebut dikenalpasti sebagai bekas tentera Israel yang berkhidmat sebagai programmer semasa di Israel.

Programmer yang bernama Izhak David Naskar yang memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Jadi, bolehkah kita menganggap ini suatu kebetulan?

Paling membimbangkan ialah Izhak bukanlah tentera atau programmer biasa, beliau adalah ‘pakar’ sistem komputer yang telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Malah beliau juga bertanggungjawab membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987.

Seorang lagi rakan Izhak yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Ido pula lebih mencurigakan kerana selaku ahli pasukan yang bertanggungjawab membina sistem komunikasi untuk PDRM bersama-sama Izhak, hingga saat ini beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.

Apakah yang menyebabkan PDRM mengambil orang-orang Israel ini? Adakah kerana terdesak atau didesak?

Bukankah lebih baik jika melantik programmer-programmer dari kementerian pertahanan Iran yang sememangnya lebih pakar dari Israel.

Harakahdaily.net/-

TanggungJawab Ketika Menulis

Salam Kamunting,

Beberapa akhbar harian hari ini melaporkan bahawa Puteri UMNO Selangor telah membuat laporan polis mengenai kenyataan menghina yang dilakukan di dalam sebuh laman web sosial terhadap bekas ketua Puteri UMNO bahagian Ampang, Allahyarham Haslinda Zerain yang telah meninggal dunia akibat sakit jantung baru – baru ini.

Selepas menyokong tindakan membuat laporan polis tersebut, suka saya menitipkan beberapa perkara sebagai renungan bersama;

1) Tangung jawab dan amanah ketika menulis di laman internet. Menulis tak sama dengan berbual. Pahala dan dosa yang kita perolehi melalui penulisan takkan sama dengan yang kita perolehi dengan berbual. Akses kepadanya lebih ramai, lapangannya lebih rencam, ketahanannya lebih lama dan kesannya lebih mendalam. Justeru pahala dan dosa akan menjadi lebih besar.

Adanya kemudahan menulis di layar maya telah menarik jutaan peminat untuk menulis. Ia perkembangan yang bagus dan diraikan. Dengan menulis, kehidupan akan lebih cemerlang dan berjaya.

Tinggal lagi, belajarlah untuk menggunakan disiplin semasa menulis. Disiplin yang tinggi kerana pahala dan dosanya juga tinggi. Kejayaan beriringan dengan disiplin.

Maka, jangan memfitnah semasa menulis. Jangan menulis segala cerita orang kecuali yang benar dan bermanfaat untuk diketahui. Jangan menulis dengan kata – kata kesat. Jika ‘terpaksa’, hamburkannya ditempatnya. Biar mangsa itu terkambus sekali dengan kata – kata kesat itu.

Adakah si muslimah yang meninggal dunia dengan kalimah syahadah di dadanya berhak dikebumikan dengan kata – kata kotor? Agama kita, nabi kita tak pernah mengajar begitu.

2) Menghormati si mati adalah hak kemanusiaan. Di depannya adalah Allah, tiada lagi selainNya. Itu adalah pengakhiran dan kesudahan sebuah kehidupan yang maha dahsyat dan menginsafkan! Apa lagi yang lebih menginsafkan selain mati?

Apatah lagi jika dia saudara kita semuslim. Jika dia baik, pastikan kebaikannya bertambah – tambah dengan doa kita. Jika dia buruk, pastikan keburukannya diampuni dengan doa kita. Bukankah persaudaraan muslim itu suatu yang hak? Si mati telah tiada apa – apa selain tuhannya.

Jika tidak dapat tidak kerana kebencian yang meluap – luap, tutup mulut. Ikat jari atau potong saja daripada menulis yang hina dan membodohkan diri sendiri. Bagaimana jika anda menghina orang yan telah menikmati keampunan tuhan di kuburnya?

3) Menentang UMNO adalah tuntutan dakwah. Dakwah adalah tugas kerasulan. Wahyu yang mengganti al rasul yang telah pergi meninggalkan kita terus berkumandang berseru agar umat menolak pemikiran sekular dan syirik terhadap kedaulatan al Quran dan al Sunnah. UMNO, kerana terkurung di tempurung sekular, kita tentang dan kita dakwah.

Dakwah ertinya menarik ke syurga, bukan menghumban umat ke neraka.

Ketika seorang daripada kita sudah di ambangnya, berdoalah untuknya, bukan menghina dan membencinya.

Di ambang kubur, PAS dan UMNO adalah sama. Di depan adalah syurga dan neraka. PAS berdakwah ke syurga dan menahan umat dari murka dan nerakaNya.

4) Untuk Allahyarham Haslinda Zerain, bergembiralah kita jika Allah merahmati dan mengampuninya.. Ummati.. ummati..

http://nikabduh.wordpress.com/2010/03/03/allahyarham-haslinda-zerain-tanggung-jawab-ketika-menulis/

AlhamduLILLaH...


"Istimewanya TGNA sebagai pendakwah Islam pertama menjadi Ketua Eksekutif sebuah negeri. Jawatan MB telah merubah persepsi masyarakat terhadap agamawan.Dunia Islam ketandusan Ketua Negara yg alim serta warak selepas kejatuhan empayar Turki Othmaniah. Pemerintahan Islam zaman Rasulullah saw dan para sahabat menjadi satu lipatan sejarah.
Banyak kajian dilakukan tetapi bermotif akademik sahaja dan tidak dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat moden.Sejak merdeka kehadiran agamawan hanya dilihat sebagai elemen untuk kerja2 agama seperti halal haram dan nikah kahwin sahaja.




Firman Allah swt maksudnya:

YUSOF AS BERKATA : JADIKAN DAKU PENGURUS PERBENDAHARAAN HASIL BUMI ( MESIR ), SESUNGGUHNYA AKU SEDIA MENJAGA DENGAN SEBAIK2NYA, LAGI MENGETAHUI CARA MENTADBIRKANNYA ( surah Yusof ayat 55 )

Tuntutan kearah Islam yg syumul mencapai objektifnya bila TGNA diangkat menjadi ketua sebuah kerajaan. TGNA yg dulunya dikenali sebagai Ust Nik Aziz maju ke depan bila menjadi Tok Guru Nik Aziz.

Uniknya gelaran Tok Guru adalah panggilan tertinggi yg dikurnia oleh rakyat mengatasi Tun, Tan Sri, Datuk Seri dan Datuk.

Banyak persamaan antara TGNA, TGHH, Dr Yusof Qardawi, Hasan Turabi, Syeikh Abdullah Yusof ( Ulama Sudan ), AA Gym ( Ulama Indonesia ) , Muhd Sayyed Tantawi ( Syeikhul Azhar ), Habib Umar ( Ulama Yaman )... bezanya TGNA diambang kuasa manakala ulama2 lain hanya berdakwah.

Kita diajar bahawa Rasulullah saw adalah Pendakwah ulung yg berkuasa mutlak pertama di muka bumi. Usahkan Ulama, Rasul2 dan Nabi2 terdahulu mengakui kerasulan Muhammad saw yg serba lengkap dan dikasihi Allah swt.

Baginda saw adalah Ayah, Mertua, Menantu, Datuk, Ulama, Perdana Menteri, Panglima Angkatan Tentera dan Pengerusi GLC ( ghanimah ) dalam Kerajaan Islam Madinah.

Sabda Rasulullah saw " Ulama adalah pewaris nabi". TGNA mewarisi pusaka dari Nabinya 2 perkara iaitu agenda dakwah dan urusan pentadbiran kerajaan. Senarai Ulama tersohor di atas hanya mewarisi kerja2 dakwah sahaja.

Penyebaran Syiar Islam akan memuncak bila Umarak memerintah dengan penuh taqwa. Cabaran utama sebuah kerajaan ialah kemewahan dan harta benda, satu tuntutan hawa nafsu yg mampu disekat dengan benteng iman dan taqwa.

Nabi Yusof as pernah menjadi Umarak / Menteri Kewangan Mesir, menguruskan harta / kewangan Kerajaan Mesir. Sepanjang berkuasa baginda menjunjung prinsip taqwa dan meletakkan Iman dilandasan yg betul.

Justeru Baginda dilihat bijak, adil serta telus dalam menjalankan tugas besar. Dengan Wahyu dari Allah baginda berjaya mengharungi 7 tahun kemarau dan 7 tahun subur dengan jayanya.

Tidak pernah tercatit dalam AlQuran cerita Nabi Yusof membahagi2 harta negara kepada adik beradiknya @ saudara terdekat sepanjang diamanahkan menjadi Menteri Kewangan.

Islam menguasai hampir 2/3 dunia zaman Khalifah Umar alKhattab yg hidupnya sangat fakir bila berkuasa. Justeru Islam berjaya disebar dengan penuh sederhana dan meletakkan Iman serta Taqwa di sudut teratas.

Politik Islam dilihat teguh mengalahkan sistem demokrasi yg diamalkan Barat ( sekular ) . Tauhid Uluhiyyah dan Rububiyyah menjadi garis pemisah antara siasah Islam dengan Politik demokrasi yg berpaksi kepada teori manusia semata2.

Rasuah, kroni dan pilih kasih menjadi musuh Islam dan Demokrasi. Bezanya Islam menghukum dosa pahala sedangkan Demokrasi bersenjatakan Integriti. Gejala itu telah meruntuhkan peradaban sesebuah tamadun sejak zaman berzaman.

Tokoh2 Umarak seperti Harun ArRashid, Umar Abd Aziz dan Sultan Muhd AlFateh hanya sekadar sebutan, sukar mencari pengganti yg sealiran dengan cara hidup mereka. Kejayaan mereka kerana kesederhanaan dalam memerintah.

Kemenangan perjuangan Islam kerana berkat dari Allah swt, bukan kerana hebat longistik. Pemerintahan yg bertunjang prinsip Iman dan Taqwa selari dengan slogan Amal Makruf Nahi Mungkar.

Fakta sejarah mengatakan bahawa Pemerintah yg hebat Khalifah Harun ArRashid, Umar Abd Aziz dan Sultan Muhd AlFateh berkuasa dalam waktu yg singkat, tidak melebihi 10 tahun. Tempoh tersebut menjauhkan kroni dan rasuah dari meresap ke urat nadi penguasa.

20 tahun sebagai MB cukup panjang buat TGNA berkuasa dan berhadapan dengan 3 PM UMNO. Hebatnya TGNA kerana sokongan padu rakyat walau berdepan serangan UMNO dari segenap sudut.

Terlalu lama ditampuk kuasa dilihat sebagai kekuatan dalam keserabutan. Tempoh yg lama membuka ruang untuk anasir2 yg ditolak Islam ( korupsi dan kroni ) cuba menggantikan sikap telus, jujur dan beriman yg digariskan dalam konteks "good governance".

Serangan musuh dari luar sudah hilang bisa, kini lahir pula "musuh dalam selimut" yg sukar dibendung. Kapitalis dan oppurtunist berperanan besar dengan mempengaruhi keluarga terdekat TGNA untuk menjadi "dalang" dengan agenda tersembunyi.

Mungkin masanya sudah tiba untuk TGNA menilai prestasi barisan pelapis yg telah digilap sebagai pengganti. jangan biarkan bakat yg terpendam menjadi sia2 kerana fitrah semulajadi manusia.

Tiada kurangnya bakat Dato Ahmad Yakop, Dato Husam Musa dan Dato Nik amar. Mereka hanya menunggu "green light" untuk meneruskan kesinambungan sebuah pemerintahan yg selama ini menerima sumbangan idea dan tenaga tanpa sebarang prasangka.

Sekian dari cilipadi007