Semakin tidak aman Tun Razak kerana telah berdosa dengan ramai rakyat malaysia terutama Kelantan, sewaktu dia menjadi penguasa telah menipu, khusus nya dengan Rakyat Kelantan dengan perjanjian2 PALSU.
34 tahun dahulu bukan saja dia menipu rakyat Kelantan, malah Ku Li, Mohd Nasir, Salleh Abas dan lain2 lagi.
Ini berdasarkan kenyataan2 menteri dibawah penguasaan ANAKNYA kini sedang memutarbelit segala perjanjian2, ordinan2 yang di cipta olih AYAHNYA dulu ditambah dengan IKLAN semuka penuh didada akhbar yang dalm kawalan ANAK TUN Razak menafikan segala perjanjian yang di meterai antara kerajaan2 negeri dan Petronas semasa AYAHNYA menjadi Penguasa dulu.[lihat sini].
Kini ANAKNYA juga kalau begitu menurut jejak langkah AYAHNYA juga menipu [lihat juga disini].
Semua saksi2 yang semasa hayat AYAHNYA cuba menerangkan segala apa yang dihasratkan olih AYAHNYA dalam PERJANJIAN yang di buat turut di perlekeh dan di permain2kan olih ANAKNYA [ini bukti2 nya, baca sini lagi].
Sudah tidak tertanggung DOSA2 AYAHNYA terhadap Rakyat Kelantan namun ANAKNYA tidak cuba untuk MENEBUS dosa2 itu, Rakyat Kelantan tidak akan mudah LUPA dengan sewenang2 nya dengan angkara PENIPUAN ini.
Apa nak di LABEL kan……………………………………….Penguasa sebegini, penguasa sebegini akan di catat dalam sejarah, seperti juga sejarah penguasa2 Dzalim dulu2, umpama nya FIR’AUN juga penguasa, dan disebut dalam Al Qur’an, supaya menjadi sempadan kepada seluruh manusia selapas zaman nya hingga Akhirat.
Friday, February 26, 2010
Perutusa Presiden Pas Sempena Maulidur Rasul SAW

Kanada Pula Desak Kes Anwar Di Gugurkan

KUALA LUMPUR — Selepas anggota perundangan dari Australia dan Amerika Syarikat menyatakan kebimbangan mereka berhubung perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, pendirian yang sama diambil oleh bekas perdana menteri Kanada Paul Martin.Martin, menerusi tulisannya dalam “Globe and Mail” Kanada semalam, menggesa kerajaan Malaysia agar menggugurkan kes liwat membabitkan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.“Jika negara ini (Malaysia) mahu mengambil tempat sebagai antara negara progresif di dunia, adalah sangat penting tuduhan yang bermotifkan politik terhadap Anwar digugurkan dan beliau bebas untuk meneruskan visinya melahirkan Malaysia sebuah negara demokratik, yang menghormati hak asasi dan undang-undang antarabangsa,” kata Martin sambil berkata, beliau mengenali Anwar ketika kedua-dua mereka memegang jawatan menteri kewangan.Martin merupakan perdana menteri Kanada dari 2003 hingga 2008 selain menjadi ahli Parlimen selama 20 tahun dan menteri kewangan dari 1993 hingga 2002.Dalam tulisannya Martin berkata, kehadiran wakil kedutaan asing untuk mengikuti perbicaraan Anwar adalah tanda keprihatinan masyarakat asing tentang kes dikenakan ke atas beliau, yang kedua sejak 1998.“Ini adalah isu yang dunia mesti (bangun untuk) bercakap,” kata beliau dalam tulisannya dengan tajuk “Speak Out for Anwar Ibrahim’s Sake”.Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John Kerry menggesa kerajaan memastikan perbicaraan yang adil dan saksama kepada Anwar.“Saya meminta kerajaan Malaysia dan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memastikan satu prosiding perundangan adil dan saksama dalam perbicaraan yang sedang berlangsung terhadap bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim,” kata Kerry dalam kenyataan dikeluarkan di Washington awal minggu lalu.Pendirian itu merupakan gesaan kedua selepas satu petisyen dikemukakan oleh lebih 50 ahli Parlimen Australia agar kes Anwar digugurkan.Bagaimanapun tindakan itu mendapat bantahan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan serta parti-parti politik. - themalaysianinsider
Km Yb.Guan Eng sertai sambutan Maulidur Rasul

PULAU PINANG, 26 Feb: Mana-mana individu dan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menerima tempelakan kerana apa yang mereka dakwa bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini terjawab.
Perarakan 53 kontinjen dimulai dengan ketua-ketua jabatan melalui beberapa jalan termasuk Padang Kota Lama, Dewan Undangan Negeri, pejabat agama menuju ke Dewan Sri Pinang.
Turut meraikan majlis ialah ketua menteri, Lim Guan Eng. (gambar atas)
Sementara itu, Masjid Jamek Jelutong mencipta sejarah kerana mengadakan perarakan kali pertama sempena sambutan Maulidur Rasul esok, 27 Februari bermula jam 9.00 pagi.
Pengerusi kariahnya, Mohd Yusuf Mohd Noor memberitahu, pada sebelah malam diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Alkhairy Ismail dari Jabatan Agama Islam Kedah.Hrkh
Perarakan 53 kontinjen dimulai dengan ketua-ketua jabatan melalui beberapa jalan termasuk Padang Kota Lama, Dewan Undangan Negeri, pejabat agama menuju ke Dewan Sri Pinang.
Turut meraikan majlis ialah ketua menteri, Lim Guan Eng. (gambar atas)
Sementara itu, Masjid Jamek Jelutong mencipta sejarah kerana mengadakan perarakan kali pertama sempena sambutan Maulidur Rasul esok, 27 Februari bermula jam 9.00 pagi.
Pengerusi kariahnya, Mohd Yusuf Mohd Noor memberitahu, pada sebelah malam diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Alkhairy Ismail dari Jabatan Agama Islam Kedah.Hrkh
Subscribe to:
Posts (Atom)