Friday, April 2, 2010

Zahid...Oh zahid


Sungguh memalukan dan amat mengejutkan bila melihat dan menyaksikan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, kecut perut ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat semalam.

Beliau ternyata gagal membuktikan kreadibilitinya sebagai seorang Menteri Pertahanan yang berwibawa. Ketika ditanya oleh Mahfuz Omar (Pokok Sena) tentang beberapa pendedahan beraninya kepada media tentang isu pengintipan dan beberapa masalah lain yang melibatkan kementeriannya, Zahid ternyata "bengong" untuk menjawab soalan tersebut terutamanya tentang persoalan rahsia kententeraan negara yang bocor ke tangan asing yang dipercayai melibatkan kedutaan negara terbabit.

Zahid tidak mahu mendedahkan fakta sebenar dan mengatakan ia perlu dirujuk kepada bekas Menteri Pertahanan, Najib Razak. Kononnya Najib lebih mengetahui dan beliau senantiasa berbincang dengan Najib tentang apa yang mahu didedahkan.

Namun, masalahnya pendedahan yang beliau lakukan terutamanya dalam kes kehilangan enjin pesawat F-5E dan kes-kes lain itu dibuat tanpa merujuk Najib selaku Perdana Menteri.

"Kenapa sekarang baru mahu berbincang, sedangkan ketika pendedahan dibuat kepada media dulu dibuat tanpa merujuk Najib", kata Mahfuz.

Zahid tersentak dengan beberapa persoalan termasuk pertemuan sulit beliau dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak pada bulan Jun 2009 yang lalu. Zahid yang dibantu oleh Khairy Jamaluddin (ahli Rembau yang tak de kerja) beberapa kali menempelak soalan pembangkang itu dan mengatakan Anwar sendiri mempunyai hubungan dengan Israel.

Walaupun, wakil pembangkang mempertikaikan pertemuan sulit itu sedangkan Malaysia tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan rejim Zionis tersebut. Melihat kekecohan yang berlaku, akhirnya Zahid diselamatkan oleh Speaker Wan Junaidi dengan memberi laluan kepada Menteri Kerjaya, Saziman Abu Mansor pula untuk menggulung perbahasan.

Tindakan tersebut mengecewakan beberapa ahli parlimen Pakatan yang bangun untuk mencelah seperti Tian Chua (Batu), Azan Ismail (Indera Mahkota) , Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) dan yang lainnya. Ternyata kerajaan UMNO BN amat takut dengan soalan panas yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat di parlimen sebenarnya. Mereka hanya berani di luar dan gusar berhadapan dengan pemimpin pembangkang di dewan.

[Melihat kepada beberapa jawapan yang diberikan oleh Zahid, maka membuktikan kepada kita betapa ceteknya ilmu yang dimiliki oleh bekas Menteri Agama UMNO itu. Zahid seakan menggelabah tatkala membuat kenyataannya. Malah, tindakan beliau memperli Mahfuz Omar kononnya Naib Presiden PAS itu bercita-cita mahu menjadi Presiden PAS gara-gara teruja dengan soalan yang dikemukakan, jelas sekali menunjukkan sikap kurang profesionalnya menteri UMNO ini.(pahangdaily.co.cc)

No comments:

Post a Comment