Saturday, March 6, 2010

Bila JadiKan NafSu Sebagai Tuhan.....


KUANTAN (Harian Metro) - 12 pengunjung pusat hiburan termasuk dua wanita yang ditahan pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) kerana disyaki mengambil minuman keras dalam operasi Ops Taubat malam minggu lalu dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 setiap seorang, semalam.

Sebutan jaminan kali pertama itu dilakukan Timbalan Pendakwa Syarie JAIP, Azwa Hanim di hadapan Ketua Pendaftar Jabatan Kehakiman Syariah Pahang, Muhamad Azhari Abdul Rahman, secara tertutup, semalam.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan dalam sebutan kes itu semalam manakala 24 Mei depan ditetapkan sebagai tarikh sebutan seterusnya kes terbabit dalam Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan.

Mereka yang terlibat termasuk dua wanita, Maryati Musa, 20, pekerja swasta dari Dungun, Terengganu dan seorang kakitangan hotel, Normaziah Ahmad, 25, dari Triang, Bera.

Dalam sebutan bermula jam 9.30 hingga 10.15 itu, seorang pengurus syarikat swasta, Mohamed Fadzil Sharkan, 51 dari Subang Jaya, mekanik, Faidzrul Ezzat Mohd Isa,21 dari Gombak, pekerja restoran, Mohd Ashaari Abdullah,25 dari Kuantan, turut hadir menjelaskan bayaran jaminan masing-masing.

Turut berbuat demikian, Wan Mohd Ashraf Firdaus, 20, dari Kota Bharu, Nur Effendi Badrul Hisham, 20, dari Sitiawan, Perak, Mohd Saifulnizal Zulkifli, 29, dari Kuantan, Mohd Basrizul Ismail, 22, dari Kemaman, Mohamad Syahrul Nizam Halim, 28, dari Muadzam Shah, Mohd Azizie Jama Huri, 25, dari Gambang dan Fardly Zai, 27, dari Sekudai, Johor.

Dalam sebutan itu semalam, tiga daripada mereka hadir bersama peguam masing-masing.

Semua mereka sebelum ini ditahan pegawai penguat kuasa Jaip hasil serbuan ke atas dua pusat hiburan di Jalan Wong Ah Jang dan Seri Dagangan, Jalan Tun Ismail di sini, malam minggu lalu.

Mereka didakwa atas tuduhan di bawah Seksyen 136, Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat resam Melayu Pahang 1983.

Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun dan enam sebatan.

Bagaimanapun tiga daripada individu terlibat gagal hadir semalam memaksa pihak pendakwaan menetapkan satu tarikh lain untuk sebutan jamin ke atas mereka.

Ulasan : Inilah akibat daripada tidak mendaulatkan syariat Allah SWT di Negara kita. Arak sudah menjadi minuman kebiasaan bagi muda-mudi dinegara kita.Sedangkan ianya penyebab turunnya bala Allah SWT. Sabda Nabi SAW yang bermaksud “ Sesungguhnya aka nada dikalangan ummatku yang meminum arak, mereka namakan dengan nama lain, kepala mereka dilalaikan dengan bunyi-bunyian (muzik) serta nyanyian, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu ke dalam bumi dan akan menjadikan mereka itu seperti kera dan babi”. (H.R Ibn Majah).

Wajah umNO dibalik MuFti...




Lama sudah rakyat Perak menanti. Bila masanya Harusani mahu membuka topeng menyerlahkan wajah umNO yang comel dimukanya. Tak pasal pasal setelah bertahun lamanya , akhirnya terbongkar jua wajah asobiah dan kebangsaan umNO Harusani. Dia akhirnya mengaku secara tak langsung dialah jambatan reput yang menawarkan perkongsian kuasa dengan umNO.

Namun harus jangan dilupa, setiap wajah umNO adalah wajah dusta. Maknanya, Harusani juga bukan pelik kalau turut berdusta. Di sebalik pendedahan tersebut, mungkin ada maksud lain yang ingin disampaikan. Wajah umNO adalah wajah dusta, wajah umNO adalah wajah pecah belah. jadi jangan menjadi mangsa provokasi murahan tok harus tsani.

Harus tsani mungkin merasakan beliau hampir berjasa besar kepada umNO mungkin sebagai membalas budi atas apa yang beliau miliki selama ini jika berjaya menyelamatkan umNo kehilangan kuasa. Apa yang dilakukan Harsu Tsani adalah satu usaha bagi pihak umNO. Ia bukan bagi pihak umat dan rakyat khussusnya Islam. Walaupun beliau mendakwa bahawa usaha itu atas tanggungjawab agama , namun umum mengetahui , itu adalah suara dan rasa hati
uMNo yang takut kehilangan kuasa.

Mengapa sebelum ini Harus Tsani tidak melakukan tindakan demikian? Jawapannya mudah, kerana umNO tidak mengkehendaki begitu. Beliau jelas dilihat sebagai keldai tunggangan umNO. Beliau telah mencemarkan institusi mufti, bukan sahaja diri beliau sbeagai mufti apabila rela menjadi kaldai tunggangan umNO.

umNO sememangnya sering menggunakan dan mengkaldaikan apa sahaja yang boleh menguntungkan mereka. Siapa mereka dan apa kedudukan mereka bukan persoalannya. Yang penting orang itu sanggup menjadi kaldai umNO. Siapa sahaja... mufti...imam...pensyarah agama... malah apa warna dan rupa kaldai itu tak penting... benarlah apa yang disifatkan TGNA bahawa golongan ini adalah terompah tandas...

Di penghujung usia Harus tsani memilih untuk menjelmakan wajahnya...kerana wajah itu baginya comel dan indah...