Saturday, April 3, 2010
BELUM APA2...dah bagi gula2
Ishhhh…geram rasanya. Dalam Malaysia ni, orang yang buat undang-undang, dia boleh langgar undang-undang. Dia tidak boleh didakwa atas undang-undang yang direka ciptanya itu. Jom tengok orang yang pandai menipu rakyat ini.
“Dalam ucapan 30 minitnya itu, Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran berkata guru berperanan membawa tahap pendidikan negara ke tahap antarabangsa.
Beliau juga menggunakan sessi soal jawab selama 15 minit untuk mengulangi janji kerajaan mengkaji keperluan guru dan pelajar.
Bagaimanapun sebelum mengakhiri ucapannya, timbalan perdana menteri mengingatakan bahawa tarikh pilihan raya kecil Hulu Selangor telah diumumkan.
"Saya tidak akan berkempen hari ini tetapi saya akan datang kembali untuk berkempen pada masa yang lain.
"17 April adalah hari penamaan calon manakala 25 April pula adalah hari mengundi. Tandakan hari-hari dalam diari anda dan catatkan juga undilah Barisan Nasional," katanya sambil berseloroh.-Malaysiakini
Kata tak kempen, tapi suruh undi BN. Apa ke halo rang no. 2 ni. Macam pak kaduk, Suka tipu orang. Dalam lawatan itu juga, BN turut mengumumkan pembinaan empat buah sekolah baru. Juga berikan gula-gula politik dengan turut mengumumkan peruntukan RM2 juta untuk mengatasi masalah banjir di kampung Kampung Sentosa di batang Kali. Pada masa sama, luluskan permohonan Masjid Al-Sajdin di Kampung Sentosa untuk mendapatkan van jenazah dan tempat wuduk jemaah perempuan yang menelan belanja RM100,000. Menipu..kata tak nak kempen, yang hang kempen tu..bagi hadiah (rasuah politik) tu apa. Memang semua pemimpin UMNO suka tipu orang. Terutamanya penduduk kampong.
Cuma satu je soalan cepu mas kat SPR. Nak ambil tindakan ke tak. Kata tak boleh kempen sebelum penamaan calon. Yang siang malam kempen kat tv, akhbar utama tu apa. Kalau SPR tak jadi kuda tunggangan UMNO dan tak takut bosnya di bawah JPM (Si Nazri Aziz), sila gunakan peruntukkan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2002 kalau berani, yang jelas menyatakan bahawa Kempen hanya boleh dimulakan selepas selesai proses penamaan calon dan mesti dihentikan jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi
Kalaulah kerajaan PR yang buat, sudah pasti akan diambil tindakan. Tak dibenarkan bertanding dah. Macam isu pondok panas dahulu. Yang mulakannya adalah BN yang penipu. Memang betul kata Pakar Perlembagaan no 1 di Malaysia, Dr Aziz Bari yang kata apabila undang-undang di Malaysia terbahagi kepada dua. Satu untuk pemerintah (baca BN) dan satu untuk pembangkang (PR). Kalau kena pada pemerintah BN, maka undang-undang itu akan cuba sedaya upaya elak daripada kena pada mereka ini (BN). Inilah hakikat sebenar negara Malaysia yang diperintah oleh mereka yang buta kayu ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment