Wednesday, March 31, 2010
Kenali Negeri Kelantan..KELANTAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
A]. Pendidikan Islam; peningkatan Sekolah YIK.
1. Bangunan dan pertambahan kelas – memberi peluang belajar lebih ramai
2. Maahad Tahfiz Al-Quran di Pulai Chondong
3 Maahad Dakwah Wal-Imamah – Pengiktirafan Universiti Al Azhar.
4 Menambah bilangan guru terlatih (kursus KDC), tetap dan berelaun.
5 Ko-kurikulum berpandukan Kementerian Pendidikan (akademik)
6 Sukatan pendidikan (agama) dari Universiti Al-Azhar Mesir.
7 Memperbanyakkan jawatan guru tetap dan berpencen(zaman BN hanya 54 orang, di zaman PAS sekarang berjumlah 332 orang )
8 Menaikan elaun guru sekolah bantuan YIK.
9 Mengembang Pusat Pengajian Pondok YIK dan mendapat kebenaran untuk melanjut pengajian di Universiti Al Azhar memasuki tahun dua.
10 Menambahkan peruntukan untuk pengurusan dan pembangunan YIK, dari RM18 juta (masa BN) kepada RM30 juta sekarang.
11 Membuka kelas kemahiran dan sains – sains tulen, teknik, vokasional dan perdagangan.
12 Menubuh Kolej Islam Kelantan dengan nama Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).Telah Mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2000.
B]. Pembangunan Masjid.
1. Menambahkan peruntukan untuk kemajuan masjid melalui MAIK daripada RM 1 juta kepada RM 2 juta.
2. Memperuntukan pembangunan agama/masjid kepada Pejabat Tanah & Jajahan sebanyak RM 100 ribu
3. Menyalurkan peruntukan untuk tahfiz al-Quran: Elaun Guru Tahfiz dan Pusat Pengajian Tahfiz; RM 60 ribu.
4. Menambah elaun imam-imam mukim daripada RM 100 kepada RM 250 sebulan
5. Melaksanakan tabung al-Qardhul Hasan di masjid: Sebuah masjid satu jajahan, peruntukan tahunan RM 140 ribu, purata RM 10,000 sebuah masjid.
C]. Perkembangan Dakwah.
1. Memperkenalkan Unit Dakwah Halaqat
2. Memperuntukkan RM 20 ribu untuk kursus mubaligh, imam dan guru pondok
3. Menambah bilangan guru-guru Al-Quran: 50 orang satu DUN
4. Memperkemaskan penglibatan dan hubungan Kerajaan Negeri dengan badan-badan dakwah dan pertubuhan Islam.
5. Mempertingkatkan kegiatan dakwah melalui jabatan / agensi kerajaan
6. Mewujudkan program dakwah menerusi Jawatankuasa Penerangan pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah/Unit Pembangunan Islam MPKB).
7. Mempertingkatkan fungsi Bahagian Dakwah di Jabatan Agama Islam.
8. Menggalakan orang belum Islam menghadiri program kebesaran Islam
9. Kempen kesedaran menutup aurat
10. Menganjur hari kebesaran Islam dan menjemput orang bukan Islam hadir sama
11. Menganjur sambutan bulan Sembahyang.
12. Menganjur sambutan Hari Hudud.
13. Memasukkan program Ihya’ Ramadhan dalam kalendar pelancongan
14. Memasukkan acara seni dan budaya Islam dalam karnival kebudayaan Kelantan.
15. Menetapkan Dasar Islam dalam Dasar Kebudayaan Negeri 1998
16. Memperincinkan prinsip keIslaman di dalam Dasar Kawalan Hiburan Negeri 1998 dan mengutamakan nilai-nilai Islam di dalam peraturan kawalan hiburan 1999.
17. Merekacipta seni rehal sebagai mercu tanda Kota Bharu berprinsipkan simbolik al-Quran sebagai perlembagaan hidup umat Islam/rakyat Kelantan.
D]. Pembangunan Insan.
1. Menyalurkan peruntukan melalui wakil rakyat.
2. Kegiatan tadarus tahunan di masjid Kawasan /jajahan.
3. Menyampai tazkirah berkala di jabatan / agensi kerajaan.
4. Menganjurkan kursus kefahaman Islam.
5. Memperkemaskan lagi Enakmen Keluarga Keluarga Islam Kelantan 1993 (pindaan 1999), memudahkan penggunaan borang-borang.
E]. Mempertingkatkan Pelaksanaan Syariat Islam.
1. Pengharaman judi dikuatkuasa pada 1hb. Januari 1992.
2. Menutup kelab-kelab malam.
3. Menghapus kegiatan pelacuran.
4. Menggalakkan dan menguatkuasa etika pakaian Islam (menutup aurat) dan menjadi syarat pengeluaran lesen premis oleh pihak berkuasa tempatan.
5. Pengawalan kedai gunting – elak wanita bergunting lelaki.
6. Menyusun penjualan arak mulai 1hb. Julai 1993 semua jenis arak tidak dibenarkan lagi diminum di tempat awam, termasuk hotel-hotel, restoran-restoran ataupun kedai-kedai makan. Orang bukan Islam boleh minum di rumah-rumah kediaman mereka ataupun tempat-tempat yang bukan tempat awam.
7. Pengasingan Kaunter bayaran untuk lelaki dan wanita di semua pusat membeli belah.
8. Menutup pusat hiburan, permainan snooker dan biliard.
9. Membanyakkan papan tanda berunsur dakwah, berpandukan ayat al-Quran dan doa.
10. Melarang papan tanda (iklan) yang memperagakan wanita dan yang bercanggah dengan Islam.
11. Meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (1993)
12. Meluluskan Dasar Kebudayaan Negeri berteraskan prinsip Islam 1998.
13. Meluluskan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri.1998 yang mengutamakan nilai-nilai keIslaman.
14. Meluluskan Dasar Pelancongan Negeri 1998 yang berprinsipkan Islam
2.0 PROGRAM PENTADBIRAN.
A]. Pentadbiran Secara Islam.
1. Mengamalkan Pentadbiran berteraskan al-ubudiah, al-masuliah dan al-itqaan
2. Memperkenal dan membudayakan adab membuka dan menutu majlis cara Islam dimulakan surah Al Fatihah dan penutup Al-Asr
3. Dasar jimat cermat dalam berbelanja.
4. At-taawun dalam pelaksanaan projek-projek kecil. (konsep gotong-royong)
5. Menubuh Jawatankuasa Pembangunan Islam.
6. Menubuh Jawatankuasa Pembangunan Ummah Mukim (JPUM)
7. Melantik wakil kaum (hak bukan Islam) dan wanita (memberi hak mereka) dalam Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran Kota Bharu
8. Meluluskan Pekeliling Pentadbiran Islam Bilangan 1 (1994) Negeri Kelantan.
9. Masa pulang diperawalkan dan tiada waktu rehat tengahari dalam bulan Ramadhan bagi membolehkan ibadat digandakan dan membolehkan suri rumah/kakitangan wanita menyiap untuk berbuka.
10. Menamatkan majlis rasmi sebelum waktu sembahyang atau memulakannya selepas sembahyang.
B]. Pengurusan Kewangan Secara Islam.
1. Mengasingkan akaun halal dan haram
2. Memindahkan simpanan tetap dari bank riba ke Bank Islam/Bank Muamalat.
3. Dasar Tender Terbuka dalam pembalakan.
4. Menubuhkan Tabung Serambi Mekah.
5. Melaksanakan Sistem Gadaian Islam (Ar-Rahn) mulai 1992 dan mengarahkan semua pajak gadai riba ditukar kepada sistem islam mulai tahun 1993.
6. Mengarahkan PKINK dan anak-anak syarikatnya yang untung supaya membayar zakat..
7. Pinjaman secara Islam kepada kakitangan kerajaan. (Pinjaman Perumahan, kenderaan & komputer)
C]. Menjaga Harta Kerajaan.
1. Penggunaan kenderaan sedia ada untuk MB dan Exco.Pembelian kenderaan baru untuk MB adalah di atas dasar kenderaan lama yang melibatkan kos penyelenggaraan yang tinggi dan tidak ekonomik.
2. Tidak menyalah guna harta kerajaan seperti kenderaan.
3. Memotong bonus / elaun ; YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar dipotong elaunnya sebanyak 45 peratus ( 40 peratus kepada Parti dan 5 Peratus kepada Perbendaharaan Negeri) manakala wakil rakyat PAS sebanyak RM 500.00 kepada PAS.
4. Menghapus amalan pemberian cenderamata semasa lawatan.
5. Memanjangkan cuti bersalin dari 40 kepada 60 hari.
6. Kerja lima (5) hari seminggu
7. Tidak menghubahsuai/memperbaharui perabot rumah dan hiasan dalaman kediaman rasmi MB di JKR 10
8. Tidak menggunakan kemudahan kerajaan dalam pilihanraya.
9. Menghapuskan peruntukan YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar untuk Juadah Hari Raya sebanyak RM 30,000
10. Menghapuskan peruntukan YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar untuk Juadah Berbuka puasa sebanyak RM 15,000
11. Memotong elaun sewa rumah YAB Tuan Guru Dato’ Menteri Besar sebanyak RM 3,000 sebulan
12. Menghapuskan elaun keraian TMB sebanyak RM 18,000 setahun
D]. Pentadbiran Tanah
1. Dasar penyelesaian tanah-tanah haram sebelum 1990
2. Memberikan hak milik tanah yang telah dibayar deposit.
3. Memudahkan beberapa urusan tanah (bayaran ansuran untuk premium bagi membantu golongan miskin memiliki tanah).
4. Menurun kadar bayaran premium tanah.
5. Mempertingkatkan kutipan tunggakan hasil tanah.
6. Memperturunkan kuasa kelulusan tanah (kurang 10 Ekar) kepada Pegawai Daerah (DO).
7. Menjalankan bancian pemilikan tanah
3.0 PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT
A]. Pembangunan Insaniah (Kemanusiaan).
1. Mendedahkan program Bina Insan kepada pegawai, kakitangan kerajaan.
2. Menganjur tamrin kepada guru-guru dan pelajar YIK.
3. Memberi kursus kesedaran Islam kepada wanita, belia dan kepimpinan masyarakat
4. Pemimpin bertadarus bersama rakyat dalam bulan Ramadhan.
5. Pegawai memberi tazkirah.
6. Melaksanakan projek Desa Takwa.
7. Menjemput orang bukan Islam kedalam majlis-majlis rasmi.
8. Menganjur kuliah agama di Masjid Baraah Pasar Buluh Kubu.
9. Menganjur forum, seminar dan muzakarah mengenai pelaksanaan Islam.
10. Menambah bilangan guru-guru Al-Quran dan fardu ain.
11. Memperkemaskan penglibatan dan kerjasama dengan badan-badan dakwah lain.
12. Mempertingkatkan kegiatan dakwah melalui jabatan / agensi kerajaan
13. Mewujudkan program dakwah menerusi Jawatankuasa Penerangan pihak berkuasa tempatan (Majlis Daerah / MPKB).
14. Mempertingkatkan fungsi Bahagian Dakwah di Jabatan Agama Islam.
15. Menggalakan orang belum Islam menghadiri program kebesaran Islam dan ceramah PAS
16. Kempen kesedaran menutup aurat di peringkat parti dan kerajaan. Kakitangan wanita diwajibkan pakaian menutup aurat.
B]. Pembangunan Ekonomi.
1. Memajukan bidang Pertanian sebagai “economic base”.
2. Menjadikan PKINK sebagai pemaju sektor pertanian komersial/perniagaan tani.
3. Mempelbagai kegiatan komersial.
4. Terus memajukan bidang penanaman padi.
5. Mempelbagaikan kegiatan PKINK dalam bidang Perlombongan, Pembalakan, Petro-kimia, Gas dan Petroleum, Ladang & Hartanah serta Pelancongan
6. Menyedia skim subsidi baja padi kerajaan negeri dengan peruntukan tahunan sebanyakRM 3 juta bagi menampung subsidi baja oleh Kerajaan Pusat.
7. Memajukan Kawasan Lojing sebagai pusat pertumbuhan baru.
8. Mempertingkat usaha penanaman semula hutan menerusi Projek Tanaman Ladang Hutan oleh PKINK, Yayasan Kelantan Darul Naim (YAKIN) dan Yayasan Islam Kelantan (YIK)
9. Menyekat pembalakan haram dan menambahkan penguatkuasaan ke atas kegiatan tersebut.
10. Menggubal Dasar Pertanian Negeri disamping Dasar Pertanian Negara
11. Mewujud skim galakan pelaburan sebanyak RM 250,000.00 setahun.
12. Menubuh Pusat Serenti Perindustrian.
13. Membuat promosi pelaburan di luar negeri.
14. Memaju dan memberi kerjasama kepada pihak yang menjayakan pelbagai projek untuk kemudahan dan kemajuan ekonomi negeri seperti Projek Kemasin-Semerak, Empangan Pergau dan penyediaan tapak perindustrian.
C]. Projek Kesejahteraan Rakyat.
1. Mempertingkat fungsi Pejabat Pembangunan Negeri dalam menyelaraskan projek-projek di kampung-kampung.
2. Mempertingkat peranan Pejabat Tanah & Jajahan dengan memberi kuasa kepada Pegawai Daerah untuk melaksanakan projek jajahan.
3. Menyalur peruntukan melalui wakil rakyat.
4. Mempertingkat peranan Majlis Daerah dan MPKB dalam menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk semua rakyat.
5. Meneruskan semua pelaksanaan pelbagai projek kecil dan kesejahteraan rakyat – mengetar, menaik taraf dan membatu jalan, membina parit dan saliran, menyedia input pertanian, membina dan membaiki jambatan, kalbot (saluran air), wakaf dan seupamannya.
6. Menghapuskan lesen beca roda tiga
7. Mempertingkatkan skim bantuan pemulihan rakyat termiskin melalui Jabatan Pertanian, Pejabat Pembangunan Negeri dan Jabatan Perkhidmatan Haiwan seperti bantuan bekalan eletrik, input pertanian, ternakan lembu, kerbau, kambing, biri-biri, ayam itik dan input nelayan.
4.0 ISU-ISU POSITIF DALAM KERAJAAN PAS
1. Ketokohan ,Tok Guru, Sifat sederhana , tiada penyelewangan, mengutamakan kehendak rakyat, teladan Tuan Guru Menteri Besar memberi keyakinan kepada rakyat.
2. Wujud suasana aman, sejahtera dan selesa. Kadar jenayah menurun, keputusan peperiksaan meningkat,gejala keruntuhan sosial remaja rendah dan kes-kes maksiat tidak merebak.
3. Pelaksanaan syariat dan syiar Islam. Usaha secara praktikal pemerintahan Islam di Kelantan di sempurna dengan menguatkuasa pelbagai peraturan Islam mengikut kemampuan (kuasa yang ada) bagi kerajaan negeri. Usaha seperti menguatkuasakan pakaian menutup aurat, pengharaman judi dan melulus kanun Jenayah Syariah II merupakan langkah serius yang tidak pernah dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini meskipun mereka mendakwa mendaulatkan Islam.
4. Pembangunan yang selari dan seimbang. Meliputi aspek pembangunan kebendaan dan pembangunan kemanusiaan. Berbeza dengan kerajaan BN yang menekankan pembangunan kebendaan semata-mata. Mereka banyak mengejar kebaikan dunia dan meninggalkan kebahagiaan akhirat. Oleh itu aspek pembangunan insaniah dipertingkatkan kepada setiap lapisan rakyat.
5. Boleh mentadbir dan tiada masalah kewangan. Berkat jimat cermat.
6. Pendekatan Islam dalam belanjawan Negeri
7. Perakuan polis, jenayah menurun.
8. Langkah Kelantan ditiru oleh negeri lain/kerajaan Pusat. Pajak Gadai Islam, perumahan konsep Islam dan cuti bersalin
9. Kerajaan BN menolak keputusan Dewan Undangan undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (HUDUD) pada 25 November 1993
10. Pendana Menteri melalui surat rasmi mengugut akan mengambil tindakan sekiranya kerajaan Negeri meneruskan cadangan melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.
11. Peminpin UMNO rata-rata memiftnah dan memburuk imej kerajaan Negeri untuk melaksanakan hudud dengan mengatakan apa yang diusahakan oleh kerajaan Negeri sebagai “hudud zalim”, “tidak adil” dan “hudud PAS”
12. Menyelesaikan masalah Air dengan membeli saham Thames Water 70%
http://cheekylulu.wordpress.com/
CK..jangan tggu lagi...datang lah ramai2 ke negeri kami...negeri serambi mekah...JADIKAN PELANCONGAN ANDA,PELANCONGAN IBADAH DI NEGERI KAMI
JANGAN JADIKAN MALAYSIA NEGARA TAKLUKKAN YAHUDI LAKNATULLAH
KUALA LUMPUR, 30 Mac: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Isreal, APCO Inc, sebelum konsep 1Malaysia diperkenalkan.
Beliau turut mengemukakan dua perjanjian untuk menyokong dakwaannya – satu perjanjian antara APCO dan kerajaan Malaysia. Yang satu lagi ialah perjanjian antara kerajaan Israel dengan APCO ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.
Kedua-dua perjanjian ini menghasilkan konsep 1Malaysia dan One Israel.
Katanya lagi, kontrak dengan APCO ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.
“Ini aneh bagaimana kerajaan tandatangan dengan syarikat. Ia disaksikan setiausaha akhbarnnya sendiri, Datuk Sharifuddin Ahmad. Biasanya (kontrak) ditandatangi oleh pegawai kerajaan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan APCO Inc dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.
Ahli parlimen Permatang Pauh itu membuat penjelasan demikian di dewan rakyat hari ini sebagai menjawab perkara yang dibangkitkan Datuk Abd Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di bawah perkara 37(1) yang dibacakan sekali dengan perkara 36(12) peraturan mesyuarat minggu lalu.
Timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar kemudiannya berkata, usaha untuk merujuk Anwar ke jawatankuasa itu perlu dibuat secara usul untuk dijadikan sebagai salah satu daripada aturan mesyuarat.
Menurut Anwar, sebelum APCO beroperasi sepenuhnya di Kuala Lumpur, tokoh-tokoh pentingnya sudah bertugas untuk kerajaan Malaysia di bawah syarikat Mindteam Sdn Bhd.
Paul Stadlen yang menjadi pengarah Mindteam kini adalah CEO kepada APCO di Kuala Lumpur manakala Margaret Kraus adalah CEO APCO Worldwide.
“Sekarang CEO APCO adalah individu yang banyak terlibat dalam banyak urusan di Israel,” kata Anwar.
Anwar mendedahkan syarikat APCO Worldwide merupakan sebuah firma pelobi yang ditugaskan untuk membaiki imej pemimpin yang rasuah dan buruk dari segi hak asasi.
“Apa fungsi firma pelobi di Washington? Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan atau seminar untuk membaiki imej sesebuah organisasi; terutamanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang buruk di mata dunia.
“Jadi, fungsi utama mereka adalah untuk membaiki imej pemimpin-pemimpin (atau badan-badan) yang mempunyai rekod yang tidak baik,” katanya.
Tambahnya , khidmat APCO juga digunakan oleh Israel pada 1992 oleh perdana menterinya Ehud Barak bagi menjayakan ‘One Israel’.
Manakala Malaysia pula menggunakan khidmat APCO bermula 4 Ogos 2009 dengan bayaran kira-kira 20 juta ringgit.
Beliau juga membawa satu laporan portal berita yang mendakwa APCO diperkenal kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh penasihat Najib, Omar Mustapha melalui sebuah syarikat perunding Ethos & Consultancy.
“Seorang penasihat APCO ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak awal Perdana Menteri ambil alih jawatan.
“APCO juga didakwa terlibat secara langsung dalam menentukan pentadbiran 100 hari Najib seperti gagasan 1Malaysia,” katanya lagi.
Menurut Anwar, sehingga kini Najib belum pun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaannya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.
Apa yang dibimbangi jelasnya kenyataan APCO sendiri yang menjelaskan bahawa mereka memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasi kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya yang melibatkan rakyat.
“Sekarang, kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO, tetapi bentuk penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaan dengan APCO,” katanya lagi.
Beliau juga mendedahkan tiga tokoh utama Israel di dalam APCO iaitu Doron Bergerbest-Eilon, Ittamar Rabinovich dan Shimon Stein di mana ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh kanan rejim Zionis.
Doron Bergerbest-Eilon adalah Ketua Bahagian Keselamatan dan Perlindungan, Agensi Keselamatan Israel (Israel Security Agency).
Itamar Rabinovich adalah Duta Israel ke Amerika Syarikat, dan Shimon Stein adalah bekas duta Israel ke Jerman.
Menurut Anwar kedua-duanya adalah jawatan diplomatik paling kanan dan hanya tokoh paling kanannya sahaja yang menjawat jawatan tersebut.
Selain mendedahkan modus operandi APCO, Anwar juga memberitahu APCO sebagai firma pelobi banyak bergantung kepada kemampuannya menangkis soalan-soalan mengenai peranan dan penglibatannya dengan badan yang melantiknya, terutamanya pemimpin-pemimpin yang berimej buruk ini.
Sebab itulah jelasnya, tidaklah sukar untuk Barisan Nasional ingin mengabui mata rakyat dengan meminta APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam 1Malaysia, atau peranan sebenar dengan kerajaan Malaysia.
Mengulas lanjut, Anwar seterusnya mendedahkan APCO dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (associates) di seluruh dunia seperti Asero dan Global Political Strategies.
“Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral.
“Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO,” tambahnya lagi.
Sehubungan itu jelasnya, kontrak-kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara APCO dan kerajaan semata-mata.
Kerajaan katanya boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.
Beliau mengemukakan contoh negara Israel, yang mana lantikan dibuat melalui Asero Worldwide.
Kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International.
Namun jelasnya apabila diteliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO APCO.
“Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO?
Perdana Menteri juga jelasnya perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur.
“Paul Stadlen yang kini mengetuai APCO di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia.
“Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO APCO dan invidu penting yang terlibat dengan akaun di Israel”, jelasnya lagi.
Rekod APCO katanya menunjukkan hubungan rapat dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi manusia atau penyelewengan harta rakyat di seluruh dunia.
APCO katanya lagi, banyak memberi khidmat untuk memulihkan imej pemimpin-pemimpin sebegini yang menindas rakyat di negara masing-masing.
Tambahnya lagi, akhbar The Times of India menulis APCO mempunyai diktator-diktator di dalam senarai pelanggannya .
Rencana tersebut menyenaraikan antaranya Adolf Hitler, Narendra Modi, Sani Abacha, Nursultan Abishuly Nazarbayev dan Mikhail Khodorkovsky yang didakwa ada kaitan dengan mafia.
“Soalan saya kepada Perdana Menteri – jika ini reputasi dan rekod APCO yang diketahui umum; apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui perlantikan APCO sebagai perunding kerajaan?
“Apakah pentadbiran Perdana Menteri mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?” soalnya lagi.
HarakahdailY
CK..kalau nak jadi hero satu malaysia pon,jangan la sampai nak gadai negara tercinta untuk dijajah oleh yahudi laknatullah..jadi lah hero yang ada maruah diri dan cinta kan tanahair....BUKAN CINTA PADA FULUUUUUUUUUUSSSSS
TOK GURU ceriakan lagi JomHeboh Di KElantan
KRISIS ISTANA KELANTAN...DAULAT TUANKU
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra memfailkan saman bagi memohon perintah mahkamah bahawa pelantikan Pengerusi Majlis Perajaan Negeri Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah 25 Mac lepas sebagai Pemangku Raja Kelantan adalah tidak tidak sah dan terbatal.
Tengku Muhammad Faris (gambar) memfailkan saman pemula itu pada 11 pagi semalam di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas di sini, melalui peguam yang mewakili baginda, Zainur Zakaria.
Dalam saman itu baginda menamakan diri baginda sebagai plaintif pertama, Kerajaan Negeri Kelantan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, sebagai plaintif kedua dan ketiga manakala adinda baginda Tengku Muhammad Fakhry, Datuk Wan Hashim Wan Daud, yang mendakwa dirinya sebagai setiausaha sulit Sultan Kelantan, dan Tengku Abdul Aziz sebagai defendan.
Turut disertakan dengan saman itu ialah afidavit sokongan yang diikrarkan Tengku Muhammad Faris pada 27 Mac lepas dan juga perakuan segera oleh Zainur.
Zainur dalam perakuan itu memohon mahkamah supaya menyegerakan perbicaraan kes itu atas alasan pergolakan yang berlaku di Kelantan akibat tindak tanduk oleh Wan Hashim yang menamatkan Tengku Muhammad Faris sebagai Pemangku Raja telah menimbulkan kekeliruan, ketidaktentuan dan kegelisahan kepada negeri dan rakyat Kelantan.
Katanya sekiranya kes itu tidak disegerakan pendengarannya, pihak plaintif khuatir bahawa kemudaratan yang lebih serius akan dilakukan oleh Wan Hashim.
Mahkamah menetapkan 5 April ini untuk sebutan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas, Datuk Aziah Ali.
Tengku Muhammad Faris dalam saman itu antara lain memohon deklarasi bahawa pelantikan Tengku Abdul Aziz sebagai Pemangku Raja oleh Wan Hashim adalah tidak sah dan terbatal, dan deklarasi bahawa pengumuman oleh Wan Hashim dan Tengku Abdul Aziz mengenai penamatan baginda sebagai Pemangku Raja pada 24 Mac lepas adalah tidak sah dan terbatal.
Baginda juga memohon deklarasi bahawa Wan Hashim tidak mempunyai sebarang kuasa atau otoriti dengan apa cara bentuk untuk mewakili atau bertindak bagi pihak Sultan Kelantan dalam urusan dan pelaksanaan tugas Sultan Kelantan dalam hal ehwal negeri itu.
Putera Raja Kelantan itu juga memohon perintah injunksi bagi menghalang Tengku Abdul Aziz daripada menrepresentasi atau mendakwa dirinya sebagai “Pemangku Raja” dan daripada mengganggu atau mencampuri tugas dan kuasa Pemangku Raja (Tengku Muhammad Faris) berkaitan urusan dan hal ehwal kerajaan negeri sehingga perintah mahkamah selanjutnya.
Baginda juga memohon perintah injunksi bagi menghalang kesemua defendan melalui wakil-wakil atau ejen-ejen mereka dalam bentuk apa cara sekali pun dari menrepresentasikan diri mereka mempunyai kuasa bagi mewakili atau bertindak bagi pihak Sultan Kelantan dalam hal ehwal kerajaan negeri sehingga perintah mahkamah selanjutnya.
Tengku Muhammad Faris memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan-defendan daripada mencampuri atau mengganggu pelaksanaan fungsi dan tugas kerajaan negeri Kelantan dan setiausaha kerajaan negeri dalam pentadbiran negeri, sehingga keputusan mahkamah.
Baginda juga memohon kos dan lain-lain relif oleh mahkamah.
Antara alasan yang dikemukakan oleh Tengku Muhammad Faris dalam saman itu ialah baginda adalah Pemangku Raja Negeri Kelantan setelah dilantik oleh Majlis Perajaan Negeri Kelantan melalui pemasyhuran bertarikh 24 Mei 2009 kerana Sultan Kelantan gering dan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri.
Baginda berkata selaku Pemangku Raja, menurut undang-undang baginda mempunyai kuasa untuk menjalankan segala urusan berkenaan dan berkaitan hal ehwal negeri itu sehingga Sultan Kelantan disahkan oleh Majlis Perajaan telah sembuh dan boleh menyambung semula tugas sebagai Sultan.
Baginda berkata Sultan Kelantan masih gering dan tiada sebarang perisytiharan oleh Majlis Perajaan bahawa Sultan telah sembuh dan boleh menyambung semula tugasnya.
Pemangku Raja itu berkata tindakan defendan dengan mempresentasikan diri mereka mempunyai kuasa untuk mewakili Sultan Kelantan dalam urusan hal ehwal negeri telah melanggar dan mencabul kuasa baginda sebagai Pemangku Raja, selain menggugat dan menjejaskan pelaksanaan tugas baginda sebagai Pemangku Raja.
Tengku Muhammad Faris berkata Tengku Abdul Aziz secara salah dan tidak sah mengisyhtiharkan, mengatakan atau mendakwa dirinya sebagai Pemangku Raja.
Baginda berkata tindak-tanduk Wan Hashim bukannya sahaja salah di sisi undang-undang malah ianya telah menimbulkan kegelisahan dan kekeliruan di kalangan orang ramai.
Tengku Muhammad Faris berkata sekiranya defendan-defendan tidak dihalang daripaa terus melakukan tindak tanduk yang bertentangan dengan undang-undang, ianyaakan mempunyai impak yang serius kepada pentadbiran dan rakyat Kelantan. — Bernama
Alangkah BAhagianya...Ada ISteri Yang SoLehah
Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (Riwayat Muslim).*
Ciri-ciri wanita solehah.
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh keni'matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:
1- Taat kepada Allah dan RasulNya
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1- Lupa mengingati Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: " Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.
2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia
Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni'matan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya:" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."
Subscribe to:
Posts (Atom)