Tuesday, April 20, 2010

Ek Eleeeeh...SedaR gak Korang Ya

"Dulu masa kartika ditangkap kerana didapati meminum arak tiada siapa pun yang bising-bisisng. Bahkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus selepas didapati bersalah mengambil minuman keras di khalayak ramai di sebuah hotel di Cherating, Pahang tidak juga orang nak kecoh-kecoh.Padahal Kartika mahu hukuman enam sebatan ke atasnya dan diterimanya dengan hati terbuka bahkan mahu ia dilaksanakan segera.



2,3 hari ini kecoh cerita Dato' Zaid pernah meminum arak dan beliau sendiri memohon maaf dan berkata "Saya dah minta maaf dengan Allah SWT... Saya tidak hipokrit, apa yang silap, silaplah" Memang kita orang melayu pantang bila mendengar orang meminum arak tetapi bukankah ALLAH swt pernah menyatakan yang pintu taubat sentiasa terbuka selagi nyawa dikandung badan.Dan beliau juga telah berterus terang dan rasa tidak salah untk kita semua menerima maafnya kerana setiap manusia tidak pernah lari untuk membuat silap.



Tetapi kenapa 3,4 hari orang melayu bersongkok tinggi ini menjadi begitu sensitif? Dahulu telah banyak kali Pas menyuarakan permasalahan ini, kenapa hari ini budak-budak songkok tinggi menjadi begitu hero memperjuangkan yang arak itu haram dan orang yang meminumnya adalah manusia yang berdosa dan tidak layak untuk menjadi peminpin.Apa baru tahu ke arak itu haram?



Sebelum ini banyak gambar-gambar orang politik sedang meminum air yang berwarna kuning itu tetapi tiada satu pun yang mengaku itu arak. Semuanya cakap air jus yang sama dengan warna arak. Dan juga salah seorang menteri yang dizaman mudanya sedang memegang tin yang jelas in itu adalah tin arak tetapi tidak pernah pun diakui atau dinafikannya.



Tetapi ternyata Dato' Zaid tidak hipokrik dan beliau mengaku dan menyerahkan masa depan politiknya kepada pengundi Hulu Selangor. Walaupun dia boleh memberitahu air yang diminum itu adalah jus buah dan dia juga tentu tahu diantara menteri-menteri lain yang ada juga yang kaki minum tetapi ternyata beliau tidak berminat dengan politik murahan itu.



Sebelum itu juga,banyak gambar-gambar yang dimuat turun diinternek atau facebook gambar-gambar artis atau anak-anak menteri yang sedang meminum atau memegang minuman keras itu ada yang dalam bentuk tin ada yang dalam bentuk gelas arak tetapi tiada juga pengakuan atau penafian dari mana-mana pihak yang pernah terlibat seperti mana yang dato' Zaid buat ini.



Tetapi kenapa kini geng songkok tinggi begitu sensitif dengan isu arak. Bukanlah aku nak katakan yang arak itu tidak haram atau isu arak ini isu kecil, tetapi mengapa sekarang baru mahu memperkatakan perkara ini. Dan jika ingin memperkatakan tentang isu ini,diharap isu ini dikupas secara menyeluruh dan juga para tertuduh yang pernah dituduh silalah membuat pengakuan atau penafian tentang arak ini. Dan cari punca kenapa orang islam tergamak meminum arak.



Dulu pernah juga dihebohkan yang salah seorang anak perdana menteri mempunyai saham didalam penjualan arak, tetapi tiada juga siasatan dan cerita itu senyap begitu sahaja cuma kadang-kadang sahaja berbunyi orang-orang kampung dikedai-kedai kopi sambil menghirup kopi o.



Pada aku arak memang tetap haram. Dan aku juga terkedu bila Dato' Zaid sendiri mengaku pernah melakukan kesilapan. Tetapi beliau juga ada memberitahu yang beliau telah bertaubat. Dan beliau dan isteri telah pun menunaikan fardu haji.Dan semoga ibadah hajinya diterima ALLAH swt.Dan sesungguhnya taubatnya itu diantara dia dan ALLAH swt dan siapalah aku untuk menghukumnya.



Dan kerana beliau sudah insaf dan telah pun menyertai Pakatan Rakyat, aku memberi 100% sokongan dan Presiden Pas serta seluruh kepimpinan Pas juga memberi sokongan 100% kepadanya. Doaku semoga taubatnya diterima oleh ALLAH swt dan dia betul-betul ikhlas berjuang untuk rakyat.



Tiada manusia yang tidak penah melakukan kesilapan.



Tetapi manusia yang berani mengaku kesilapan lalu dan bertaubat,manusia itu memang hebat.Tetapi jika ada manusia yang pada asalnya sama dengan yang dicercanya itu,cuma dia tidak mengaku atau tidak diketahui, manusia hipokrit itu lagi teruk dari yang teruk!!





Oleh: interlok