Saturday, April 3, 2010
Sampai BiLa nak Tolak Islam Ni...
Kes Kartika kembali heboh apabila dikhabarkan bahawa Sultan Pahang yang juga presiden Bola Sepak Malaysia (FAM), telah mengampunkan hukuman 6 kali sebatan terhadap Kartika ini. Kartika yang sebelum ini bertegas untuk dikenakan hukuman sebat, bahkan berani mencabar kerajaan BN untuk menyebatnya di khalayak ramai, hanya dijatuhkan hukuman khidmat masyarakat (salah satu modul dalam PLKN).
Apapun sebelum kita huraikan isu ini, elok kita tengok apa pandangan islam tentang hukuman hudud minum arak ini.
Mengenai minum arak ini (khamar),Allah berfirman telah dalam Al-Qur'an:
"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan."(Al-Maidah:90)
Rasulullah s.a.w menyamakan peminum arak ini sebagai penyembah berhala.Perbuatan menyembah berhala adalah syirik,iaitu dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah s.w.t. Syirik akan merosakkan iman dan menghancur luluhkannya dari jiwa manusia.Oleh itu,meminum arak boleh membawa kepada syirik dalam penmgertian bahawa amalan2 yang dilakukan oleh si peminum arak tidak akan diterima oleh Allah.
Jumhur berpendapat bahawa hukuman sebat bagi si peminum arak adalah sebanyak 80 kali.Sementara bagi Mazhab Syafie,jumlahnya adalah 40 kali.
Kaedah hukuman sebat mengikut mazhab:
1. Mazhab Hanafi:
Adalah wajib pukulan tidak ditumpukan pukulan pada satu tempat, kerana boleh membawa kepada merosakkan anggota atau mengoyakkan kulit. Pukulan itu hendaklah ditujukan pada pelbagai tempat seperti di bahu,lengan,lutut,peha dan betis,dan hendaklah dijauhi dari pada tcmpat-tempat yang ditakuti boleh membunuh seperti muka,kepala,dada,perut dan kemaluan.Saiyidina `Ali berkata kepada tukang sebat, "Pukul dia dan berilah setiap anggota haknya dan jauhi muka dan zakarnya." 2. Mazhab Maliki:
Bahagian yang dipukul semasa dijalankan had ialah belakang badan dan anggota yang berdekatan dengannya.
3. Mazhab Syafie:
Pukulan hendaklah ditujukan ke pelbagai anggota, dan hendaklah menjauhi muka, faraj, rusuk dan semua anggota yang ditakuti (sama dalil dengan mazhab hanafi). Riwayat daripada `Umar bahawa beliau menemui seorang jariyah yang sedang dilakukan had ke atasnya. lalu beliau berkata, "Kamu pergilah kepada nya, pukullah dan janganlah sampai mengoyakkan kulitnya." Ini kerana maksud daripada had adalah menegah (jawazir) tanpa bertujuan untuk membunuh.
4.Mazhab Hambali:
Dibolehkan memukul pada semua anggota kecuali pada tiga tempat iaitu kepala, muka dan kemaluan daripada lelaki dan perempuan, kerana selain tiga tempat ini bukanlah tempat yang boleh membunuh, umpama yang boleh itu ialah bahagian belakang badan. Dalil mereka adalah :Saiyidina `Ali berkata kepada tukang sebat, "Pukul dia dan berilah setiap anggota haknya dan jauhi muka dan zakarnya."
Jelas bahawa hokum Allah bagi minum arak ialah sebatan dan tiada hukuman lain selainnya termasuk penjara, denda dan khidmat masyarakat.
Saya turut tersentuh apabila YB Katak yang kononnya pejuang tegar islam no 1, Zulkifli Nordin yang menyatakan bahawa :
Jadi saya ucapkan tahniah atas titah Tuanku Sultan Pahang hari ini Khamis 27 Rabi'ul Akhir 1431/ 01.04.2010 yang telah menukar dan menjatuhkan hukuman "tugasan komuniti selama 3 minggu" keatas Kartika Sari Dewi Shukarno yang telah dijatuhkan hukuman denda dan rotan 6 kali atas kesalahan minuman arak.
Perlu ditegaskan bahawa ini bukan bermakna kita menolak hukuman rotan dilaksanakan terhadap Kartika. Hukuman telahpun dijatuhkan. Malahan saya berpendapat sepatutnya hukuman yang mematuhi syara' hendaklah digubal. Namun menjatuhkan hukuman dan perlaksanaan hukuman adalah dua perkara yang berbeza. Saya difahamkan Saidina 'Umar sendiri, semasa umat sedang berhadapan dengan kemelut kemarau dan lain-lain, telah menggantung perlaksanaan hukuman hudud bagi kes-kes curi dan lain-lain.
Malahan saya difahamkan Rasulullah sendiri telah beberapa kali dalam sirah Nabawi menunjukkan keadilan Islam, walaupun kesalahan nyata dilakukan. Dalam satu kes, seorang sahabat yang sudah mengaku melakukan pembunuhan pun Rasulullah lebih suka dia dimaafkan daripada dilaksanakan hukum qisas, hukum balas. Ini bukan kerana Rasulullah tidak mahu hukuman qisas dilaksanakan. Tetapi bagi kes khusus itu, Baginda merasakan lebih baik beliau dimaafkan.
Jadi didalam kes Kartika, hukuman telah dijatuhkan. Tetapi dalam hal perlaksanaan, sepatutnya hukuman dijalankan segera. Tetapi ALLAH lebih Maha Mengetahui dan lebih Maha Bijaksana. Apa perancangan ALLAH kita tidak tahu. Tetapi kelengahan perlaksanaan hukuman itu nampak mempunyai hikmahnya.
Dalam keadaan ruang masa kelengahan perlaksanaan itu, beberapa perkara telah berlaku iaitu: 1. Kartika telah menunjukkan kesungguhan mahu hukuman dilaksanakan dan tidak menunjukkan beliau mempermainkan hukum;
2. Kartika menunjukkan sikap penyesalan dan rasa bersalah yang jelas terhadap kesilapan beliau; 3. Kartika dan suaminya menghadapi tekanan yang begitu hebat sehingga berlaku perceraian dan menyebabkan anak-anak mereka kehilangan bapa; adik beradik bercerai sesama sendiri;
Dalam keadaan itu, meneruskan perlaksanaan hukuman terhadap Kartika sudah tidak membawa menafaat kepada samada dirinya mahupun syiar Islam. Sebaliknya tindakan Sultan Pahang telah menunjukkan satu ciri keadilan Islam yang akan membawa menafaat lebih besar untuk Islam. Bahawa Islam bukanlah agama yang hanya tahu menghukum sahaja, sebaliknya risalah Islam adalah untuk membawa keadilan dan kesejahteraan...
Perlu diingat, isu Kartika adalah wujud dalam dua isu. Isu pertama adalah jenis hukuman dan isu kedua adalah pengakuan taubatnya. Pada isu pertama jelas jumhur ulama’ kata bahawa hokum minum arak adalah sebatan. Manakala bagi isu taubat, ianya perlu dilihat dalam aspek undang-undang keterangan islam. Dalam konsep keterangan islam, pihak yang mendakwa perlu buktikan bahawa kesalahan itu dilakukan oleh tertuduh dan pihak tertuduh pula perly bersumpah tak lakukannya. Hadis Rasulullah S.A.W (Al-San`ani (1996), Subul al-Salam, Beirut: Dar al-Ma`rifah, jil. 4, h. 204. )
“Al-bayyinah ke atas pihak yang menuntut sementara sumpah ke atas pihak yang ingkar”
Seksyen 72. Enakmen Undang-undang Keterangan Mahkamah Syariah (Pahang)2005 pula peruntukkan bahawa :
Beban memberi keterangan.
Beban memberi keterangan terletak ke atas pihak yang mendakwa (al Mudda'ii) dan sumpah atas yang engkar (al Mudda'a'alaih).
Jadi, dalam soal kes Kartika, maka beliau dijatuhkan hukuman ikut syara’. Dan beliau bersumpah bahawa beliau telah melakukan kesalahan minum arak. Takkan hakim Syarie Mahkamah Tinggi Pahang tak tahu soal halal haram. Jadi jika soal dia dah bertaubat, kita boleh lihat dalam soal konsep pelaksanaan hokum ini sendiri.
Hukuman Hudud Tidak Dikenakan Ke Atas Orang Gila, Jahil dan Keliru.
Pernah seorang lelaki muslim datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di dalam masjid dan berkata:
“Wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku telah berzina.” Rasulullah berpaling daripada orang tersebut sehingga dia mengulang-ulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Maka tatkala dia bersaksi ke atas dirinya sebanyak empat kali, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memanggilnya dan bertanya: “Adakah engkau gila?” Dia menjawab: “Tidak.” “Adakah engkau sudah berkahwin?” Dia menjawab: “Ya.” Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Ambillah dia dan rejamlah dia”. [Shahih al-Bukhari, hadis no: 6815]
Dalam sebuah riwayat lain Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bertanya:
“Mungkin engkau hanya mencium atau menyentuh atau memandangnya?” [Shahih al-Bukhari, hadis no: 6824].
Berdasarkan pertanyaan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam kepada orang yang mengaku berzina, jelas bahawa ditentukan terlebih dahulu sama ada beliau adalah gila atau tidak. Kemudian ditentukan juga sama ada beliau benar-benar tahu apa yang dimaksudkan dengan zina, agar tidak terjadi sebarang salah faham atau kekeliruan.
Berdasarkan pertanyaan ini, dapat dirumuskan bahawa orang yang melakukan jenayah dalam keadaan fikirannya tidak terkawal sepenuhnya, dia tidak dikenakan hukuman hudud. Contoh selain gila ialah jahil, keliru, kanak-kanak dan tidur. Tapi dalam kes Kartika, beliau jelas waras ketika melakukan kesalahan hudud itu sendiri.
Hukuman Hudud Dijatuhkan Ke Atas Jenayah Yang Berlaku Secara Terbuka. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. [Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: “Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya.” Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.]
Selain itu sama-sama kita mengetahui bahawa untuk menjatuhkan hukuman hudud, pendakwa perlu membawa jumlah saksi yang tertentu. Jika syarat saksi tidak memadai, pendakwa sendiri yang akan dikenakan hukuman. Ini sekali lagi menjadi bukti bahawa hukuman hudud hanya dijatuhkan kepada jenayah yang berlaku secara terbuka sehingga wujud orang yang menyaksikannya. Dalam kes Kartika, kecukupan saksi dan pendakwaan yang tidak samar, membolehkannya beliau dikenakan hukum hudud. Kalau dia dah bertaubat dan bukan tidak dilaporkan pada pihak penguasa, sudah tentu Kartika terlepas. Tapi dalam situasi sekarang, Kartika dah didakwa di Mahkamah Terbuka. Dan kesalahan Kartika bukannya kesalahan Qisas (bunuh balas bunuh) yang boleh diampun oleh anggota keluarga mangsa. Tetapi kesalahan Kartika adalah had hudud yang sahih perlu disebat di khalayak ramai.
Hukuman Hanya Dijatuhkan Ke Atas Tertuduh Jika Tiada Kesamaran.
Dalam sebuah hadis disebut bahawa: Elaklah daripada mengenakan hukuman hudud selagi mana kamu boleh mengelaknya. [Sunan Ibn Majah, hadis no: 2545. Dinyatakan lemah oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Bulugh al-Maram, hadis no: 1047]
Tolaklah hukuman hudud berdasarkan syubhat-syubhat [Dikeluarkan oleh al-Baihaqi, dinyatakan lemah oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani dalam Bulugh al-Maram, hadis no: 1047, namun dinilai hasan oleh al-Sayuthi dalam al-Jami’ al-Shagheir, hadis no: 314]
Dalam bab ini terdapat beberapa hadis dan perkataan para sahabat yang semakna sehingga al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata: “Dan telah diriwayatkan dari tidak seorang para sahabat bahawasanya mereka berkata sedemikian…” lalu beliau menyenaraikan riwayat-riwayat tersebut. Rujuk Talkhish al-Habir fi Takhrij Ahadits al-Rafi’e al-Kabir, hadis no: 1755.
Sekali pun riwayat-riwayat di atas diperbincangkan darjat sanadnya, maksudnya adalah benar sehingga para ilmuan telah bersepakat bahawa hukuman hudud tidak dikenakan di atas sesuatu kes yang memiliki kesamaran di dalamnya. Imam Ibn al-Munzir berkata: “Telah bersepakat para ahli ilmu bahawa hukuman hudud tertolak berdasarkan syubhat.” [Dikemukakan oleh‘Abd Allah bin ‘Abd al-Rahman al-Bassam dalam Taudih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, jld. 6, ms. 247]. Jadi dalam kes Kartika ini juga, tiada kesamaran dalam proses mendakwanya mengikut hokum keterangan islam.
Secara kesimpulannya, kes Kartika telah membawa satu kesan yang amat hina buat islam. Hukum islam dipertikaikan dan undang-undang keterengan islam disorok ke dalam almari. Zul Kulim boleh kata dia tak tahu sangat hokum islam, tetapi apabila mengeluarkan kenyataan yang mengeluarkan, maka kesannya amat buruk sekali. Kalau ada pentas terbuka, saya sebagai rakyat biasa sudi untuk berdebat dengan Zul Kulim ini. Saya percaya jika kes Kartika tidak dihukum dengan hukuman yang sepatutnya, maka akan berlaku kezaliman kepada beliau sendiri yang telah minta diadili secara islam. Dah la hukum islam tiada langsung di muka bumi Malaysia ini, bahkan orang nak minat diadili secara islam pun dinafikan haknya sebagai seorang yang beragama islam. Tentu Sister In Islam dan puak-puak anti hudud sedang bersorak apabila Kartika tidak disebat ini. Dalam islam, faktor kedudukan, keturunan dan kekayaan tidak boleh dijadikan hujah untuk meringkan hukuman hudud. Hatta nak bagi ampunkan tak boleh. Pada zaman Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sendiri, pernah diminta agar seorang yang ditangkap mencuri diringkankan hukuman hududnya. Permintaan ini dijawab oleh Rasulullah:
Sesungguhnya orang-orang sebelum kalian musnah tidak lain kerana mengenakan hukuman hudud ke atas orang yang miskin dan mengecualikan orang yang mulia. Demi jiwaku yang berada di Tangan-Nya, seandainya Fathimah (binti Muhammad, anak baginda) melakukan kesalahan sedemikian (mencuri), pasti akan potong tangannya jua. [Shahih al-Bukhari, hadis no: 6787]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment