Tuesday, March 30, 2010
AlhamduLILLaH...Amy SEARCH Berdakwah
AMY menyifatkan konsert Suatu Masa... Amy sebagai medium menyampaikan mesej dakwah kepada peminat.
Konsert Suatu Masa simbol peralihan kehidupan seorang penyanyi rock
UMPAMA sebuah autobiografi tetapi diterjemahkan dalam bentuk audio dan visual, begitulah yang boleh diibaratkan mengenai Konsert Suatu Masa... Amy yang baru saja melabuhkan tirainya malam semalam.
Selama ini, penggemar figura terkenal ini mungkin hanya mengenali pemilik nama penuh Suihaimi Abdul Rahman ini menerusi kulit dan bukannya isi.
Namun, menerusi konsert solo yang julung kali di adakan di Panggung Sari, Istana Budaya, vokalis kumpulan Search ini seakan-akan mahu bercerita mengenai kisah hidupnya, dari awal kemunculannya hinggalah sekarang. Kisah seorang rockers yang kini mengalami satu peralihan besar dalam kehidupan peribadinya.
Itulah sebenarnya yang mahu dikongsikan lelaki kelahiran selatan tanah air ini.
Konsert selama empat hari bermula Khamis lalu itu adalah satu metafora terhadap perjalanan hidup Amy sebelum dia menemui nur yang dicari-carinya selama ini.
Dari seorang rocker yang kehilangan arah tujuan serta hidup bergelumang dosa, seperti yang digambarkan sewaktu konsert ini sehinggalah ke penamat konsert iaitu apabila Amy perlahan-lahan meninggalkan pentas dan menuju ke arah terowong yang memancarkan cahaya. Semua itu adalah simbolik kepada kehidupan masa lampau penyanyi ini.
Seperti yang pernah dijanjikannya, konsert Suatu Masa...Amy memang berbeza dengan apa yang pernah dipersembahkannya sebelum ini. Tiada aksi melampau atau ekstrim seperti yang sering disaksikan dalam konsert membabitkan Amy. Lupakan juga jeritan atau trademark phewitt!!! seperti yang sering dilakukannya kerana itu semua tidak kedengaran sepanjang konsert ini berlangsung.
Sebaliknya, konsert ini lebih terarah kepada konsep kerohanian, apabila hampir keseluruhan lagu yang didendangkan menepati tema itu.
Bagi mereka yang datang ke konsert itu semata-mata untuk menyaksikan Amy beraksi seperti yang mereka bayangkan sebelum ini, pasti hampa. Mana tidaknya, selama hampir dua jam beraksi, Amy lebih kelihatan cool dalam membuat persembahan. Selain menyanyikan lagu berunsur ketuhanan, Amy juga turut menyelitkan elemen dakwah dalam setiap sketsa yang dipersembahkan.
“Ini adalah konsert yang memang saya impikan. Saya tahu, tentu akan ada peminat saya yang kecewa dan sukar untuk menerima. Namun ini adalah sebahagian dakwah saya kepada peminat,” katanya pada sidang media sejurus selepas konsert itu tamat.
Sepanjang Konsert Suatu Masa, Amy menyanyikan 20 lagu. Kebanyakannya adalah lagu yang dipetik dari album solonya, album bersama Search dan juga dua lagu istimewa nyanyian M Nasir iaitu Suatu Masa dan Kepadamu Kekasih.
“Saya pilih lagu Suatu Masa adalah kerana ia menggambarkan konsep konsert saya ini. Manakala lagu Kepadamu kekasih saya nyanyikan kerana melodinya yang cukup kuat serta liriknya yang penuh makna,” kata Amy yang menyampaikan lagu itu dengan penuh perasaan. Lagu lain yang turut dinyanyikan Amy termasuklah Medley Kongkang, Kepala Sotong, Apa Saja dan Malang, Saat Ku Idamkan, Aku Dah Bosan, Kerja Gila, Suralaya D Major, Gitarama Sita, Ishq Ka Bana, Tiada Lagi dan Jangan Musnahkan Cinta.
Selain itu terdapat juga segmen Amy bermonolog dan diikuti dengan lagu yang memuja nama wanita yang pernah hadir dalam hidupnya seperti Rozana, Nigina, Laila Namamu Teratas dan Isabella. Bersesuaian dengan konsep persembahan, Amy menyanyikan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur sebelum menutup persembahannya menerusi lagu Asma Ul Husna.
Selama tiga dekad berkecimpung dalam bidang ini, Amy mengakui konsert solonya yang julung kali diadakan itu cukup mencabar kewibawaannya sebagai seorang penghibur.
“Bukan mudah menjayakan konsert ini. Saya sendiri tidak sangka mampu melakukannya kerana untuk konsert ini, saya perlu melakukan pelbagai karakter, dari zaman awal kemunculan hinggalah berlaku transformasi dalam kehidupan saya. Begitupun, mujurlah saya dibantu oleh pengarah lakonan, Ogy Ahmad Daud,” katanya.
Masalah teknikal ganggu vokal
SEBAGAI pengarah lakonan, Ogy memuji persembahan Amy dan menyifatkan penyanyi itu berjaya menyampaikan mesej konsert itu kepada penonton.

“Saya puji usaha Amy yang berusaha membawakan karakternya dengan baik. Biarpun dia bukan seorang pelakon, namun hasilnya tetap memuaskan hati saya. Apabila diberi tanggungjawab untuk mengarahkan konsert ini, saya melihat Amy menerusi tiga zon yang pernah dilaluinya iaitu zon hitam, zon kelabu dan zon putih. Dan perubahan dari setiap zon inilah yang saya cuba paparkan dalam konsert ini.
“Memandangkan saya perlu memuatkan kesemua zon ini dalam masa dua jam, jadi saya harus memastikan Amy perlu komited sepanjang sesi latihan berlangsung. Alhamdulillah, walaupun ada kekurangan sana sini, namun Amy menunjukkan komitmen yang baik,” ulas Ogy.
Bagaimanapun, konsert terbitan Mentari Channel Network tetap mempunyai sedikit kecacatan apabila berlaku masalah teknikal membabitkan sistem bunyi atau audio. Vokal Amy kedengaran tidak jelas ketika menyanyi. Malah ada juga yang merungut kerana muzik terlalu kuat hingga menenggelamkan vokal penyanyi itu.
Biarpun sudah dijelaskan sebelum ini bahawa konsert ini sebenarnya lebih ke arah kerohanian, namun masih ada yang seakan tidak faham dan menuntut Amy untuk membuat persembahan “gila-gila”.
“Seperti yang saya katakan, konsert ini memang berbeza dan kalau ada yang mahukan saya beraksi seperti menari dan menyanyi dengan nada tinggi, mereka boleh menonton saya di konsert yang lain seperti konsert Double Trouble yang akan diadakan tidak lama lagi,” katanya.
Konsert selama dua jam itu turut diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan yang dipimpin oleh Mustafa Fuzer Nawi.
“Saya puji usaha Amy yang berusaha membawakan karakternya dengan baik. Biarpun dia bukan seorang pelakon, namun hasilnya tetap memuaskan hati saya. Apabila diberi tanggungjawab untuk mengarahkan konsert ini, saya melihat Amy menerusi tiga zon yang pernah dilaluinya iaitu zon hitam, zon kelabu dan zon putih. Dan perubahan dari setiap zon inilah yang saya cuba paparkan dalam konsert ini.
“Memandangkan saya perlu memuatkan kesemua zon ini dalam masa dua jam, jadi saya harus memastikan Amy perlu komited sepanjang sesi latihan berlangsung. Alhamdulillah, walaupun ada kekurangan sana sini, namun Amy menunjukkan komitmen yang baik,” ulas Ogy.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment