Sunday, February 28, 2010

Gambar Tok Guru Nik Aziz Yang Jarang Kita Lihat,Saksikan...

Jarang tengak Tok guru solat di belakang orang biasa-biasa saja.. rasa-rasa tok guru yang mula ikut dulu sebab dilihat daripada kedudukan beliau yang tak sempat turun sepenuhnya…bayangkan la yang imam ketika ini ialah anda? ttg gambar : gambar ini diambil diputik semasa seminar pemikiran Islam

Isu Royalti Akan Dibentang Dalam Sdang Dun






KOTA BAHARU: Satu usul berhubung isu tuntutan royalti minyak mungkin dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan esok bagi membawa isu tuntutan itu ke mahkamah, kata Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa.
"Saya tidak tahu apa yang akan ADUN bincangkan esok. Mungkin mereka akan membawa satu usul mengenai itu. Ini akan menguatkan lagi langkah kerajaan negeri untuk membawa isu itu ke mahkamah kerana ia mendapat mandat daripada DUN negeri," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.
Hari ini kerajaan negeri menjemput semua ADUN termasuk ADUN Barisan Nasional (BN) untuk mendengar taklimat berhubung royalti minyak Kelantan yang diberikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas Nik Saghir Mohd Noor.
Husam, yang juga Exco Kanan kerajaan Negeri Kelantan berkata, melalui taklimat itu, beliau berharap kesemua ADUN mendapat penjelasan lebih nyata dan membincangkan isu tuntutan royalti minyak Kelantan pada sidang dewan.
Baca Seterusnya...
Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Pegawai DS.Nizar cuba di fitnah dan merosakkan imej DS,Nizar



Sebentar tadi bersama DS Nizar dalam program masyarakat.DS Nizar bertanya berkaitan wanita yang cuba memfitnah Pegawai Khas beliau.Kita menerangkan SMS yang Dato Seri Nizar terima itu merupakan datang dari wanita yang cuba memburukkan DS Nizar sejak DS Nizar menjadi Menteri Besar sah rakyat lagi.Namanyakita tahu Nis..Apabila kita merujuk gambar perempuan ini kepada Sdr Fadhil Idris ,Fadhil menyatakan beliau berkeyakinan wanita itulah berususan dengan beliau tempohari.Apabila timbul perkara menyatakan Pegawai Khas cuba mengambil kesempatan keatasnya,kita terfikir rancangan jahat musuh PR rupanya berterusan."Cikgu mungkin wanita ini SB,"jelas DS Nizar kepada kita.DS Nizar berpesan supaya berhati-hatidengan fitnah dan niat jahat musuh!DS Nizar menyatakan wanita itu sepatutnya berurusan dengan YB kita,Adun Pokok Asam dan Aulong apabila kita beritahu wanita itu tinggal di Taiping.
SUMBER
Posted by TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT

Friday, February 26, 2010

Tun Razak Tipu Kelantan 34 Tahun Dulu

Semakin tidak aman Tun Razak kerana telah berdosa dengan ramai rakyat malaysia terutama Kelantan, sewaktu dia menjadi penguasa telah menipu, khusus nya dengan Rakyat Kelantan dengan perjanjian2 PALSU.
34 tahun dahulu bukan saja dia menipu rakyat Kelantan, malah Ku Li, Mohd Nasir, Salleh Abas dan lain2 lagi.
Ini berdasarkan kenyataan2 menteri dibawah penguasaan ANAKNYA kini sedang memutarbelit segala perjanjian2, ordinan2 yang di cipta olih AYAHNYA dulu ditambah dengan IKLAN semuka penuh didada akhbar yang dalm kawalan ANAK TUN Razak menafikan segala perjanjian yang di meterai antara kerajaan2 negeri dan Petronas semasa AYAHNYA menjadi Penguasa dulu.[lihat sini].
Kini ANAKNYA juga kalau begitu menurut jejak langkah AYAHNYA juga menipu [lihat juga disini].
Semua saksi2 yang semasa hayat AYAHNYA cuba menerangkan segala apa yang dihasratkan olih AYAHNYA dalam PERJANJIAN yang di buat turut di perlekeh dan di permain2kan olih ANAKNYA [ini bukti2 nya, baca sini lagi].
Sudah tidak tertanggung DOSA2 AYAHNYA terhadap Rakyat Kelantan namun ANAKNYA tidak cuba untuk MENEBUS dosa2 itu, Rakyat Kelantan tidak akan mudah LUPA dengan sewenang2 nya dengan angkara PENIPUAN ini.
Apa nak di LABEL kan……………………………………….Penguasa sebegini, penguasa sebegini akan di catat dalam sejarah, seperti juga sejarah penguasa2 Dzalim dulu2, umpama nya FIR’AUN juga penguasa, dan disebut dalam Al Qur’an, supaya menjadi sempadan kepada seluruh manusia selapas zaman nya hingga Akhirat.

Perutusa Presiden Pas Sempena Maulidur Rasul SAW

Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamiin. Selawat dan salam buat penghulu para pejuang, Rasul tercinta Muhammad s.a.w., para sahabat dan keluarga baginda, serta mereka yang mengikuti jalannya serta mencontohi perilaku baginda hingga ke hari pembalasan.Sesungguhnya perasaan kita penuh dengan kerinduan kepada Rasulullah s.a.w. Sebagai seorang yang mencintai baginda, tentu sekali kita senantiasa terkenang akan sirah perjuangan dan lakaran pengorbanan Rasulullah s.a.w. sehingga kita semua dapat menerima cahaya keIslaman dan hidayah dari Allah untuk mengecapi nikmat berharga iman dan Islam.Namun kita sebagai seorang Muslim perlu sentiasa bermuhasabah sejauh manakah kecintaan yang disebut dan diungkapkan ini benar-benar tertanam dengan kukuh di lubuk hati kita? Sejauh manakah kita melakukan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW dalam lakaran perjuangannya, yang kemudiannya disambung tali-menali hingga ke hari ini?Marilah kita menghayati firman Allah yang bermaksud: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai pembawa berita gembira, dan pemberi amaran; akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu)”. (As-Saba’: 28)Baginda Rasulullah s.a.w. telah pergi meninggalkan kita, dengan sama sekali tidak mewariskan kepada kita harta pusaka kekayaan, tetapi yang diwariskan adalah ilmu yang menjadi panduan hakiki, akhlak yang terpuji, sebuah perjuangan suci dan sebuah cara hidup yang sempurna.Marilah kita sama-sama menjadikan sambutan ini menguatkan iltizam kita menegakkan sunnah baginda sepanjang tahun dan sepanjang hayat kita. Tidak cukup kita menunjukkan rasa gembira dengan bercuti, mengadakan perarakan dan berslogan mencintai Rasulullah. Akan tetapi gembirakanlah Rasulullah s.a.w. dengan mengamalkan dan menegakkan segala suruhan baginda, serta meninggalkan dan berusaha menghalang segala yang dibenci baginda.Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.Marilah sama-sama kita pasakkan keazaman untuk menyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. hingga ke akhir hayat kita. Sebagai seorang individu, marilah pula kita menghayati dan mengamalkan peninggalan Rasulullah s.a.w. Seorang pemimpin meletakkan azam untuk menegakkan sunnah di dalam kepimpinannya. Sebuah kerajaan lebih-lebih lagi berkomited mengamalkan segala suruhan Allah SWT dan Rasul s.a.w. di dalam segala aspek pentadbirannya.Semoga kita semua bertambah cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan beroleh cinta Allah dan Rasul-Nya. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1431.DATUK SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG,PRESIDEN PAS

Kanada Pula Desak Kes Anwar Di Gugurkan


KUALA LUMPUR — Selepas anggota perundangan dari Australia dan Amerika Syarikat menyatakan kebimbangan mereka berhubung perbicaraan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, pendirian yang sama diambil oleh bekas perdana menteri Kanada Paul Martin.Martin, menerusi tulisannya dalam “Globe and Mail” Kanada semalam, menggesa kerajaan Malaysia agar menggugurkan kes liwat membabitkan Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.“Jika negara ini (Malaysia) mahu mengambil tempat sebagai antara negara progresif di dunia, adalah sangat penting tuduhan yang bermotifkan politik terhadap Anwar digugurkan dan beliau bebas untuk meneruskan visinya melahirkan Malaysia sebuah negara demokratik, yang menghormati hak asasi dan undang-undang antarabangsa,” kata Martin sambil berkata, beliau mengenali Anwar ketika kedua-dua mereka memegang jawatan menteri kewangan.Martin merupakan perdana menteri Kanada dari 2003 hingga 2008 selain menjadi ahli Parlimen selama 20 tahun dan menteri kewangan dari 1993 hingga 2002.Dalam tulisannya Martin berkata, kehadiran wakil kedutaan asing untuk mengikuti perbicaraan Anwar adalah tanda keprihatinan masyarakat asing tentang kes dikenakan ke atas beliau, yang kedua sejak 1998.“Ini adalah isu yang dunia mesti (bangun untuk) bercakap,” kata beliau dalam tulisannya dengan tajuk “Speak Out for Anwar Ibrahim’s Sake”.Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat, John Kerry menggesa kerajaan memastikan perbicaraan yang adil dan saksama kepada Anwar.“Saya meminta kerajaan Malaysia dan khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya memastikan satu prosiding perundangan adil dan saksama dalam perbicaraan yang sedang berlangsung terhadap bekas timbalan perdana menteri Anwar Ibrahim,” kata Kerry dalam kenyataan dikeluarkan di Washington awal minggu lalu.Pendirian itu merupakan gesaan kedua selepas satu petisyen dikemukakan oleh lebih 50 ahli Parlimen Australia agar kes Anwar digugurkan.Bagaimanapun tindakan itu mendapat bantahan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan serta parti-parti politik. - themalaysianinsider

Km Yb.Guan Eng sertai sambutan Maulidur Rasul


PULAU PINANG, 26 Feb: Mana-mana individu dan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini menerima tempelakan kerana apa yang mereka dakwa bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini terjawab.
Perarakan 53 kontinjen dimulai dengan ketua-ketua jabatan melalui beberapa jalan termasuk Padang Kota Lama, Dewan Undangan Negeri, pejabat agama menuju ke Dewan Sri Pinang.
Turut meraikan majlis ialah ketua menteri, Lim Guan Eng. (gambar atas)
Sementara itu, Masjid Jamek Jelutong mencipta sejarah kerana mengadakan perarakan kali pertama sempena sambutan Maulidur Rasul esok, 27 Februari bermula jam 9.00 pagi.
Pengerusi kariahnya, Mohd Yusuf Mohd Noor memberitahu, pada sebelah malam diadakan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Alkhairy Ismail dari Jabatan Agama Islam Kedah.Hrkh

Tuesday, February 23, 2010

"Tolong Sama-Sama Tolak Menatang Haramjadah ini "!!!!!

PR: GST Tindas Rakyat, Wajib Ditolak
Kerajaan Pakatan Rakyat mencapai kata sepakat menolak perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) oleh Kerajaan Persekutuan kerana ia membebankan rakyat bawahan.
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat akan menyatakan bantahan terhadap GST dalam mesyuarat jawatankuasa Parlimen, 24 Februari depan.
GST adalah cukai kepenggunaan yang dikenakan keatas pelbagai produk tempatan dan antarabangsa, serta perkhidmatan dan barangan.
GST adalah cukai yang dikenakan keatas setiap lapisan satu-satu produk, dari bahan mentah sehingga ke barangan siap.
GST memberi kesan keatas segenap lapisan perniagaan dan semua pengguna. Dalam erti kata lain, pengguna dikenakan cukai untuk setiap barangan, produk dan perkhidmatan.
"Cukai tambahan ini membebankan rakyat, dan merumitkan lagi situasi ekonomi hari ini dengan penyelewengan dan kebocoran yang masih berleluasa," tegas Anwar

Royalti4Kelantan...malam esok

Datang jangan tak datang... Datang jangan tak datang... Datang jangan tak datang...