Wednesday, March 3, 2010

KONVENSYEN ULAMA’ MUDA


KONVENSYEN ULAMA’ MUDATARIKH :
7 MAC 2009
MASA : 8 PAGI 5 PETANG
TEMPAT : HOTEL SERI MALAYSIA IPOH
TERBUKA UMUM KEPADA SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT
TEMA : ” ULAMA’ MUDA PENGGERAK KEBANGKITAN ISLAM ”SEBARANG PERTANYAAN : USTAZ AKMAL : 019-4088824
USTAZ HAFEZ SABRI : 013-3190807

Resepi Nasi Berani Gam


(hidangan lebih lima orang)

Bahannya:

2 kilogram beras basmati

100 gram bawang merah - dihiris

50 gram bawang putih - dihiris

50 gram halia - dihiris

1/2 tin susu cair

Empat sekawan - bunga lawang, cengkih, jintan dan kayu manis

1 biji tomato - dipotong empat

2 tangkai cili merah - belah dua

2 tangkai cili hijau - belah dua

5 gram daun sup atau daun bawang - potong 1 1/2 inci

3 gram daun ketumbar

Bahan perasa secukupnya


Cara memasak:

Masak nasi hanya selepas daging siap dimasak1. Basuh beras, masukkan ke dalam periuk nasi bersama semua bahan yang dinyatakan.

2. Tanak nasi menggunakan periuk memasak elektrik. Apabila nasi kering, ambil sedikit minyak daripada kuah beriani dan siram sedikit ke atas nasi tadi.

3. Biarkan nasi itu dalam periuk seketika iaitu kira-kira lima minit, kemudian hidangkan bersama dalca, pajeri serta papadom.


Daging beriani:

1 kilogram daging - potong 10 ketulan

20 gram rempah beriani - campur sedikit air

1/2 cawan pes tomato

1/2 cawan sos tomato

50 gram bawang goreng

4 sekawan - bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga

50 gram bawang merah - dikisar

20 gram bawang putih - dikisar

20 gram halia - dikisar

3 gram daun pudina - dikisar

3 gram daun ketumbar - dikisar

1/2 cawan minyak sapi

50 gram biji gajus goreng - ditumbuk kasar

50 gram kismis


Bahan perasa secukupnya

Cara memasak:

1. Masukkan daging ke dalam periuk bersama bahan yang sudah dikisar serta rempah, pes tomato, sos tomato, minyak sapi, daun pudina, ketumbar dan empat sekawan.

2. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih dan masukkan biji gajus dan kismis ke dalamnya.

3. Didih dengan api pelahan sehingga daging itu empuk dan tambah bahan perasa.------------


Keenakan nasi beriani gam memang tidak dinafikan, malah ia antara makanan yang mendapat perhatian pada majlis hebat seperti perkahwinan atau perayaan.Beriani gam turut menjadi sajian istimewa Hotel Residence@Universit i Tenaga Nasional di Jalan Kajang-Puchong, Bandar Baru Bangi, Selangor.Chef masakan Melayunya, Chef Ismail Ahmad berkongsi rahsia untuk menyedapkan nasi beriani berkenaan:# Antara yang penting, beras mestilah berbau wangi dan cantik.

Pilih basmati yang perlu dibasuh terlebih dulu sebelum direndam selama setengah jam.# Bagi membolehkan daging lebih enak dan empuk, perap daging dengan rempah ratus dihasilkan sendiri selama setengah jam.# Masak dalam api perlahan antara satu hingga dua jam supaya daging benar-benar empuk.# Antara punca daging tidak menepati cita rasa adalah ia dimasak terlalu cepat dengan api tidak terkawal.

Untuk maklumat lanjut, layari www.residenceatunit en.com atau www.seripacific. com.

Monday, March 1, 2010

RINTIHAN DARI BUKIT AMAN


Assalamualaikum.....
Saya adalah seorang Pegawai Kanan Polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Tujuan saya menyebarkan maklumat ini adalah kerana saya berasa amat tertekan dan jijik dengan arahan yang saya terima dari pihak atasan dan saya tidak dapat lagi membendung perasaan marah.
Walaupun saya berpangkat kanan di dalam pasukan, saya juga seorang manusia, berbangsa Melayu dan berugama Islam. Saya adalah manusia biasa yang mempunyai perasaan marah, sedih dan peri kemanusiaan terhadap manusia lain walau apa pun bangsa dan ugama seseorang itu.
Di dalam pasukan, kami dilatih untuk memenuhi setiap arahan ketua. Tak kira penat, siang ataupun malam. Dan di dalam situasi saya ini, saya menerima arahan dari ketua saya iaitu Tan Sri Rahim. Selaku Ketua Polis Negara, segala arahan beliau tidak pernah dapat kami pertikaikan walau di dalam mesyuarat (samalah kelakuannya seperti Dr. Mahathir) kerana di dalam Pasukan Polis keadaannya sama seperti di dalam kabinet yang sudah banyak kaki ampu, bodek dan dungu.
Di dalam kes Anwar dan Mahathir, sebenarnya KPN juga terbabit secara langsung. Ketakutan KPN kepada Anwar jelas tersebut di dalam mesyuarat kami di Bukit Aman baru-baru ini. Segala rahsia KPN berada di dalam pengetahuan saya. Semua projek-projek yang bernilai berjuta-juta ringgit yang menjadi milik KPN dan juga wang yang berjumlah RM 3.5 juta yang telah Daim Zainuddin berikan kepada KPN atas arahan Dr. Mahathir juga telah kami ketahui. KPN cuba menutup mulut kami dengan wang sebagaimana yang telah berjaya Dr.Mahathir lakukan pada dirinya. Tetapi bukan kesemua kami berkelakuan seperti binatang yang sentiasa membuka mulut jika disuap.

Ketegasan Anwar Ibrahim terhadap rasuah, penyalahgunaan kuasa, mencuri wang rakyat amat menakutkan KPN. Dr Mahathir telah memanggil KPN bertemu dengannya dan mengugut untuk membocorkan tembelang KPN supaya diambil tindakan oleh Anwar di mahkamah atau berkompromi dengannya untuk menjatuhkan Anwar.
TETAPI saya amat terkejut apabila mendapat arahan dari KPN baru-baru ini. KPN mengarahkan kami membuat huru-hara semasa Anwar berucap atas sebab untuk menuduh Anwar dan kumpulannya ganas dan membahayakan kemakmuran. Kami telah berjaya melakukan sabotaj dan hasilnya Anwar dan rakan-rakannya serta 125 orang penyokongnya telahpun kami tahan.
KPN juga mengarahkan kami untuk mengambil darah dari penagih dadah yang telah dikenalpasti membawa kuman AIDS dan HIV positif. Kami terpaksa melakukan arahan tersebut dengan menyerbu Lorong Haji Taib dan mengambil darah kebanyakan penagih dadah yang kelihatan teruk dan hampir mati.
Pada mulanya saya tidak tahu untuk apa kuman itu diambil. Tapi setelah terdengar katanya dari Dr Mahathir dan KPN " Rahim, have you done your job? Or should I ask somebody else to do it?". Tan Sri Rahim menjawab, " Do not worry Dato’ Seri, I’ll ask.............................(nama saya telah disebut sambil KPN menepuk bahu saya) to finish him". Dr Mahathir berkata lagi, "Can we trust him ?". KPN menjawab "Then we kill him like that goat". (Mereka menggelarkan Anwar sebagai kambing).
Tahukah tuan-tuan semua, apakah tugas Dr Mahathir perintah KPN lakukan dan KPN telah menyerahkan tugas itu kepada saya......?
SAYA TELAH DIARAHKAN SUPAYA MENYUNTIK TUBUH ATAU MENYALURKAN KUMAN AIDS DAN HIV MELALUI MAKANAN KEPADA DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM.
KEJI ! Sungguh keji. Apabila Anwar ditahan dan dibawa ke Bukit Aman, saya berterus terang kepada KPN bahawa saya tidak boleh melakukan perkara tersebut. Saya diugut untuk tidak membocorkan rahsia ini dan akan menerima nasib seperti Dato’ Nalla. Saya faham ugutan ini kerana kami memang kadang kala akan meletakkan sesuatu (dadah atau senjata) ke dalam kereta atau rumah seseorang musuh dengan tidak disedari lalu kami akan mendakwa orang itu.
SEBENARNYA PELURU, PISTOL DAN DOKUMEN KERAJAAN YANG BERADA DI RUMAH DATO’ NALLA ADALAH KEPUNYAAN PIHAK POLIS. ANWAR SENGAJA DIPERANGKAP !! Saya berani bersumpah kerana orang bawahan saya mengaku telah diberi tugas oleh KPN untuk melakukannya bagi menuduh Anwar Ibrahim belot kepada negara.
2 orang yang mengaku mempunyai hubungan liwat juga sebenarnya telah kami paksa untuk mengaku mempunyai hubungan liwat dengan Anwar. KPN telah memberi dua pilihan kepada mereka sama ada menghadapi ISA atau hukuman gantung sampai mati atau menerima RM 520,000 dan 6 bulan penjara. Kalaulah perkara ini terjadi kepada diri saya, sudah tentu saya tidak memilih hukuman gantung. Bagaimana pulak tuan ?
Tuan-tuan semua, jangan berasa hairan jika media melaporkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim mati membunuh diri. Salah satu dari agenda kami di Bukit Aman ialah untuk memasukkan kuman HIV ke tubuh Anwar, membunuhnya dan mengatakan Anwar mati membunuh diri kerana malu.
Oleh kerana saya adalah orang Islam dan orang Melayu dan saya tidak boleh bersekongkol dengan rancangan KPN dan Dr Mahathir yang kejam ini ..... maka bersama surat ini saya dengan rasminya meletakkan jawatan saya sebagai anggota polis.
Pasukan Polis di Bukit Aman juga telah berpecah kepada 2. Iaitu yang bersetuju kuman AIDS disuntik ke tubuh Anwar dan yang satu golongan lagi masih berugama.
Saya merayu kepada semua anggota polis, pasukan tentera dan rakyat Malaysia supaya segera menyelamatkan Anwar Ibrahim dari mangsa jarum suntikan AIDS......... Saya bersumpah bahawa Dr Mahathir dan KPN akan membunuh Anwar. Jangan jadi Tentera atau Polis yang bodoh seperti "Algeria dan Turki

Sunday, February 28, 2010

Gambar Tok Guru Nik Aziz Yang Jarang Kita Lihat,Saksikan...

Jarang tengak Tok guru solat di belakang orang biasa-biasa saja.. rasa-rasa tok guru yang mula ikut dulu sebab dilihat daripada kedudukan beliau yang tak sempat turun sepenuhnya…bayangkan la yang imam ketika ini ialah anda? ttg gambar : gambar ini diambil diputik semasa seminar pemikiran Islam