Tuesday, March 30, 2010

GambaR Sekitar JomHeboh Di kelantan

MALAYSIA HEBAT...

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Biarpun mempunyai bilangan rakyat hampir 26 juta sahaja, namun Malaysia adalah antara 10 negara tertinggi dalam pengambilan arak di dunia, kata Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud (gambar).

Mendedahkan perkara itu di Dewan Rakyat lewat petang ini, beliau berkata, rakyat negara ini membelanjakan sebanyak USD500 juta iaitu lebih kurang RM1.75 bilion bagi pembelian minuman keras.

"Penjualan beer berkembang di antara 5 hingga 7 peratus setahun melebihi kadar pertumbuhan penduduk iaitu 2.4 peratus, manakala umur purata ketagihan arak ialah 23 tahun," dedahnya lagi sewaktu membahaskan Titah Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, pengambilan alkohol di kalangan remaja khususnya di bawah umur 18 tahun semakin meningkat iaitu kira-kira 45 peratus, dan mereka mengambilnya secara berterusan.

Antara faktor peningkatan itu, jelasnya kerana mungkin arak jenis beer sangat mudah diperolehi di kedai-kedai.

Lebih membimbangkan apabila pendedahan arak dibuat di peringkat umur yang lebih awal.

Beliau sewaktu mengemukakan satu kajian, 19 peratus di kalangan pelajar sekolah menengah mengaku pernah meminum arak, manakala 1 peratus mengaku mengambilnya secara berterusan.

"Dalam satu kajian yang dilakukan ke atas pesakit yang dimasukkan ke hospital KL pada tahun 1993, 48 peratus daripada yang ditanya mengaku minum arak.

"Satu pertiga ketagih arak, 61 peratus adalah Cina, 60 peratus India dan 30 peratus Melayu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kerajaan dilihat tidak memberi perhatian sewajarnya kepada isu ketagihan arak dan sering mengatakan ianya isu kaum India.

Arak juga jelasnya, dibuktikan bukan sahaja membahayakan kesihatan dan menyebabkan gejala sosial, namun kos rawatan penyakit disebabkan arak juga lebih tinggi berbanding pendapatan penjualannya.

"Negara kita dalam fasa lima mengaku bahawa Islama adalah agama Persekutuan, apakah menyebabkan dadah kita panggil najis dan sekiranya didapati mengedar dadah boleh dihukum gantung sampai mati.

"Tapi minuman keras, nikotin pada rokok, diberi layanan yang lain dan boleh didapati dengan berleluasa. Atas alasan apakah minuman keras tidak dimasukkan sekali dalam akta dadah merbahaya sedangkan kesannya atas kehidupan rakyat begitu meluas sekali," soalnya lagi.

Trend di Asia, katanya menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun berbanding trend di negara Eropah yang semakin menunjukkan penurunan akibat kempen mereka yang agresif.

Peningkatan di negara ini juga, jelasnya akibat undang-undang terlalu longgar seperti Akta Aksais Seksyen 32 (1)(a) dan (b) mengecualikan penjualan todi dan beer dalam tin dan botol.

"Apabila saya menang di Kota Raja, saya didatangi sekumpulan India dari golongan pertengahan dan rendah.

"Mereka meminta tolong saya supaya memastikan arak dan todi tidak dijual secara mudah di kedai-kedai runcit," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, arak dan todi di kedai-kedai runcit pada waktu ini boleh diperolehi dalam plastik dengan harga RM2 atau RM3

Sumber : Harakah Daily

DAULAT TUANKU..Senarai Penerima Anugerah Dari Pemangku Sultan Kelantan

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendahului senarai 639 penerima Anugerah Gelaran Kebesaran, darjah, bintang, pingat, surat kepujian dan Jaksa Pendamai oleh Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, esok. Nik Abdul Aziz menerima Anugerah Gelaran Kebesaran Datuk Bentara Setia yang membawa gelaran Datuk. Tiga lagi yang turut menerima Anugerah Gelaran Kebesaran ialah Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria (Datuk Lela Negara), Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Che Yusoff (Datuk Bentara Luar) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias (Datuk Seri Setia Raja). Semua gelaran kebesaran itu membawa gelaran Datuk. Seramai 70 yang lain akan turut menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk. Mereka ialah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Tun Azmi yang menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK). Tengku Sri Jaya Raja, Datuk Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz pula penerima tunggal Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK). Lima penerima Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK) ialah Datuk Tengku Salwani Almarhum Sultan Yahya Petra, Datuk Tengku Rozan Almarhum Sultan Yahya Petra, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Kapten Datuk Tengku Ahmad Farizanudean Datuk Khairi dan Datuk Tan Kok Hwa. Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan pula penerima tunggal Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SJMK). Peguam Datuk Sukri Mohamed dan Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad pula menerima Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) manakala dua lagi menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (SPSK) iaitu Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Ismail Adam. Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan adalah penerima tunggal Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa (PYGP). Lapan penerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) ialah Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Kelantan Mej (B) Md Anizam Abdul Rahman, Dr Mohd Kaisan Abdul Rahman, Mohd Kamil @ Rahim Kamil Sulaiman, Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan Mohd Nassuruddin Daud, Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, Naib Presiden Mofaz (M) Sdn Bhd Datuk Nik Izani Nik Ibrahim, Anggota Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar dan Yahya Othman. Sebanyak 11 orang menerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) iaitu Goh Gaik Meng, Mudir Pondok Pasir Tumboh Hashim Abu Bakar, Leon Emil Le Mercier, Mohd Khidir Yaacob, Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Datuk Normah Md Yusoff, Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Datuk Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Kewangan 1 Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali, Pengarah Syarikat Nusanilai Sdn Bhd Soo Sze Ching, Syed Hassan Mohamed Al-Attas, Pakar Neurologi Hospital Mount Elizabeth Singapura Dr Tang Kok Foo dan Pengerusi ROHM-Wako Co Ltd Yosuke Yoshioba. Seorang pegawai tentera di Pejabat Penasihat Pertahanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Australia Brig Jen Abdul Halim Jalal penerima tunggal Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK) manakala Komander Markas Briged Artileri Roket Kem Sungai Besi Brig Jen Razali Mohd Regen dan Ketua Pengarah Perumahan dan Pembinaan Kementerian Pertahanan Brig Jen Zahari Din masing-masing menerima Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Kesateria Mahkota Kelantan Yang Amat Perkasa (DPKK). Sebanyak 21 penerima Ahli Yang Kedua (Datuk Paduka) bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) ialah Ketua Trafik Pasukan Cawangan Trafik Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusof, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Baharu Ahmad Mahmood, Che Kamarulzaman Mohamed, Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II Dr Ghazali Hasni Md Hassan, Timbalan Setiausaha Bahagian Kementerian Kewangan Hashmuddin Mohammad, Pengerusi Eksekutif Tanjong Pauh Trading Sdn Bhd Hilmi Yusoff dan Pengarah Tanah dan Galian Kelantan Ismail Samah. Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra Dr Johari Mat, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia Datuk Dr Junaidi Abu Bakar, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Mariam Mas Yaacob, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif International Zakat Organization Mat Hassan Esa, Timbalan Ketua Eksekutif Matrade Mohamad Kamarudin Hassan, Timbalan Pengarah Kastam Bahagian Perkhidmatan Teknik Cawangan Pengurusan Penilaian Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia Mohamed Jaafar. Pegawai Kewangan Kelantan Mohd Faudzi Che Mamat, Pengarah Jabatan Pelajaran Kelantan Mohd Ghazali Ab Rahman, Setiausaha Bahagian Ekonomi Perbendaharaan Datuk Dr Irwan Siregar Abdullah, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UiTM Prof Dr Mustaffa Mohamed Zain, Ketua Jabatan Perubatan dan Pakar Perunding Kanan Hospital Raja Perempuan Zainab II Dr Rosemi Salleh, Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Shukry Mohd Salleh, Pengarah Urusan Systematic Conglomerate Sdn Bhd Dr Wan Azhar Wan Mohd Ali dan Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad Kelantan Zulkifli Ab Rahaman. Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Aiseri Alias berkata sebanyak 84 penerima akan menerima darjah dan pingat kebesaran pada majlis yang akan berlangsung di Istana Balai Besar esok manakala majlis penganugerahan bagi penerima lain akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Beliau berkata pengurniaan darjah kebesaran itu tidak mempunyai kaitan dengan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan seperti kelaziman kerana sambutan itu pada kali ini hanya membabitkan majlis tahlil di semua masjid sahaja. "Pemangku Raja Kelantan pada bila-bila masa berhak mengurniakan darjah kebesaran ini yang kebetulan berlangsung pada hari esok," katanya. Esok dan lusa adalah cuti umum di Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan Ke-60

AlhamduLILLaH...Amy SEARCH Berdakwah

AMY menyifatkan konsert Suatu Masa... Amy sebagai medium menyampaikan mesej dakwah kepada peminat.
Konsert Suatu Masa simbol peralihan kehidupan seorang penyanyi rock

UMPAMA sebuah autobiografi tetapi diterjemahkan dalam bentuk audio dan visual, begitulah yang boleh diibaratkan mengenai Konsert Suatu Masa... Amy yang baru saja melabuhkan tirainya malam semalam.
Selama ini, penggemar figura terkenal ini mungkin hanya mengenali pemilik nama penuh Suihaimi Abdul Rahman ini menerusi kulit dan bukannya isi.
Namun, menerusi konsert solo yang julung kali di adakan di Panggung Sari, Istana Budaya, vokalis kumpulan Search ini seakan-akan mahu bercerita mengenai kisah hidupnya, dari awal kemunculannya hinggalah sekarang. Kisah seorang rockers yang kini mengalami satu peralihan besar dalam kehidupan peribadinya.

Itulah sebenarnya yang mahu dikongsikan lelaki kelahiran selatan tanah air ini.

Konsert selama empat hari bermula Khamis lalu itu adalah satu metafora terhadap perjalanan hidup Amy sebelum dia menemui nur yang dicari-carinya selama ini.

Dari seorang rocker yang kehilangan arah tujuan serta hidup bergelumang dosa, seperti yang digambarkan sewaktu konsert ini sehinggalah ke penamat konsert iaitu apabila Amy perlahan-lahan meninggalkan pentas dan menuju ke arah terowong yang memancarkan cahaya. Semua itu adalah simbolik kepada kehidupan masa lampau penyanyi ini.
Seperti yang pernah dijanjikannya, konsert Suatu Masa...Amy memang berbeza dengan apa yang pernah dipersembahkannya sebelum ini. Tiada aksi melampau atau ekstrim seperti yang sering disaksikan dalam konsert membabitkan Amy. Lupakan juga jeritan atau trademark phewitt!!! seperti yang sering dilakukannya kerana itu semua tidak kedengaran sepanjang konsert ini berlangsung.

Sebaliknya, konsert ini lebih terarah kepada konsep kerohanian, apabila hampir keseluruhan lagu yang didendangkan menepati tema itu.

Bagi mereka yang datang ke konsert itu semata-mata untuk menyaksikan Amy beraksi seperti yang mereka bayangkan sebelum ini, pasti hampa. Mana tidaknya, selama hampir dua jam beraksi, Amy lebih kelihatan cool dalam membuat persembahan. Selain menyanyikan lagu berunsur ketuhanan, Amy juga turut menyelitkan elemen dakwah dalam setiap sketsa yang dipersembahkan.

“Ini adalah konsert yang memang saya impikan. Saya tahu, tentu akan ada peminat saya yang kecewa dan sukar untuk menerima. Namun ini adalah sebahagian dakwah saya kepada peminat,” katanya pada sidang media sejurus selepas konsert itu tamat.

Sepanjang Konsert Suatu Masa, Amy menyanyikan 20 lagu. Kebanyakannya adalah lagu yang dipetik dari album solonya, album bersama Search dan juga dua lagu istimewa nyanyian M Nasir iaitu Suatu Masa dan Kepadamu Kekasih.

“Saya pilih lagu Suatu Masa adalah kerana ia menggambarkan konsep konsert saya ini. Manakala lagu Kepadamu kekasih saya nyanyikan kerana melodinya yang cukup kuat serta liriknya yang penuh makna,” kata Amy yang menyampaikan lagu itu dengan penuh perasaan. Lagu lain yang turut dinyanyikan Amy termasuklah Medley Kongkang, Kepala Sotong, Apa Saja dan Malang, Saat Ku Idamkan, Aku Dah Bosan, Kerja Gila, Suralaya D Major, Gitarama Sita, Ishq Ka Bana, Tiada Lagi dan Jangan Musnahkan Cinta.

Selain itu terdapat juga segmen Amy bermonolog dan diikuti dengan lagu yang memuja nama wanita yang pernah hadir dalam hidupnya seperti Rozana, Nigina, Laila Namamu Teratas dan Isabella. Bersesuaian dengan konsep persembahan, Amy menyanyikan lagu Mentari Merah Di Ufuk Timur sebelum menutup persembahannya menerusi lagu Asma Ul Husna.

Selama tiga dekad berkecimpung dalam bidang ini, Amy mengakui konsert solonya yang julung kali diadakan itu cukup mencabar kewibawaannya sebagai seorang penghibur.

“Bukan mudah menjayakan konsert ini. Saya sendiri tidak sangka mampu melakukannya kerana untuk konsert ini, saya perlu melakukan pelbagai karakter, dari zaman awal kemunculan hinggalah berlaku transformasi dalam kehidupan saya. Begitupun, mujurlah saya dibantu oleh pengarah lakonan, Ogy Ahmad Daud,” katanya.

Masalah teknikal ganggu vokal

SEBAGAI pengarah lakonan, Ogy memuji persembahan Amy dan menyifatkan penyanyi itu berjaya menyampaikan mesej konsert itu kepada penonton.

“Saya puji usaha Amy yang berusaha membawakan karakternya dengan baik. Biarpun dia bukan seorang pelakon, namun hasilnya tetap memuaskan hati saya. Apabila diberi tanggungjawab untuk mengarahkan konsert ini, saya melihat Amy menerusi tiga zon yang pernah dilaluinya iaitu zon hitam, zon kelabu dan zon putih. Dan perubahan dari setiap zon inilah yang saya cuba paparkan dalam konsert ini.

“Memandangkan saya perlu memuatkan kesemua zon ini dalam masa dua jam, jadi saya harus memastikan Amy perlu komited sepanjang sesi latihan berlangsung. Alhamdulillah, walaupun ada kekurangan sana sini, namun Amy menunjukkan komitmen yang baik,” ulas Ogy.

Bagaimanapun, konsert terbitan Mentari Channel Network tetap mempunyai sedikit kecacatan apabila berlaku masalah teknikal membabitkan sistem bunyi atau audio. Vokal Amy kedengaran tidak jelas ketika menyanyi. Malah ada juga yang merungut kerana muzik terlalu kuat hingga menenggelamkan vokal penyanyi itu.

Biarpun sudah dijelaskan sebelum ini bahawa konsert ini sebenarnya lebih ke arah kerohanian, namun masih ada yang seakan tidak faham dan menuntut Amy untuk membuat persembahan “gila-gila”.

“Seperti yang saya katakan, konsert ini memang berbeza dan kalau ada yang mahukan saya beraksi seperti menari dan menyanyi dengan nada tinggi, mereka boleh menonton saya di konsert yang lain seperti konsert Double Trouble yang akan diadakan tidak lama lagi,” katanya.

Konsert selama dua jam itu turut diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan yang dipimpin oleh Mustafa Fuzer Nawi.